21
Tue, May
17 Artikel Baru

'Back To School' PAS Titiwangsa rai asnaf

Berita
Typography

TITIWANGSA: PAS Kawasan Titiwangsa telah mengadakan program 'Back To School' yang dilangsungkan di Markaz PAS Darul Ummah, di sini semalam.

Program kebajikan dengan kerjasama Dewan Pemuda, Muslimat dan Ameerah PAS Titiwangsa itu bertujuan memberi sumbangan persekolahan kepada golongan asnaf.

Sumbangan kepada 45 pelajar itu telah disampaikan Yang DiPertua PAS Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap dan Pengarah Program, Ustaz Suridzal Abdul Rahim.

Sumbangan sempena sesi persekolahan 2019 yang bakal bermula minggu depan itu turut diselitkan dengan sesi motivasi khas disampaikan pelajar Ijazah Kedoktoran, Nurul Hikmah Ramli.

Selain menyuntik semangat belajar kepada kalangan penerima, beliau juga menekankan peri penting pembinaan diri sebagai hamba Allah S.W.T dan menjadi anak yang soleh.

Khairul Anuar pula dalam ucapannya menyingkap pengorbanan ibu bapa dan memaklumkan sumbangan tersebut sebagai antara usaha PAS meringankan beban mereka. - HARAKAHDAILY 30/12/2018