Adun, Jerlun Care santuni gelandangan

Berita
Typography

ALOR SETAR: Menjelang tahun baharu 2019 Adun Ayer Hitam, Azhar Ibrahim bersama Jerlun Care menyantuni gelandangan di sekitar bandaraya Alor Setar malam tadi.

Program itu diadakan di sekitar Masjid Zahir, Pekan Rabu dan Terminal Bas, Shahab Perdana.

Azhar berkata, program julung kali Majlis Tindakan Dun (MTD) Ayer Hitam menemui seramai 33 gelandangan di sekitar kawasan berkenaan.

Katanya, program itu kali pertama dianjur MTD Ayer Hitam bersama Jerlun Care diadakan di luar kawasan memandangkan Bandaraya Alor Setar menjadi tumpuan gelandangan.

“Sumbangan makanan dan minuman diberi kepada gelandangan yang ditemui sepanjang program berkenaan,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 1/1/2019