21
Tue, May
31 Artikel Baru

Desak Peguam Negara bertindak

Berita
Typography

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan mendesak Peguam Negara mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berterusan memfitnah Yang di-Pertuan Agong dengan dakwaan tidak masuk akal.

Hafiz Mahmud, 40 dari Pasir Puteh berkata, sehingga sekarang sudah acap kali fitnah dilemparkan terhadap institusi istana tanpa ada tindakan tegas kerajaan.

hafiz mahmud"Ini bukan melibatkan peribadi sultan sebalik sebagai satu institusi. Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi, jadi perlu dipertahankan kehormatannya,” katanya di sini.

Semalam Timbalan Menteri Besar Dato' Mohd Amar Abdullah mendesak Pejabat Peguam Negara mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang melemparkan fitnah terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Semalam tular di media baharu yang mendakwa Sultan Muhammad V akan meletak jawatan. Sebelum ini Yang di-Pertuan Agong mengambil cuti selama dua bulan atas faktor kesihatan.

Ibadurrahman Mahamed 30 berkata, isu tular di media sosial yang mendakwa Sultan Muhammad V akan meletak jawatan selepas mengambil cuti selama dua bulan tidak boleh dipercayai. - HARAKAHDAILY 4/1/2019