23
Wed, Oct
41 Artikel Baru

Bekas Adun G. Semanggol kembali ke rahmatullah

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak kehilangan seorang pemimpinnya apabila dikejutkan dengan pemergian bekas Adun Gunong Semanggol, Ustaz Mohammad Zawawi Abu Hassan.

Almarhum yang juga sebelum ini adalah Setiausaha PAS Perak dimaklumkan telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Taiping, awal pagi tadi.

Sepanjang hayatnya, almarhum juga adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Bagan Serai dan pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Perak serta Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, pemergian almarhum bererti hilangnya sebutir mutiara PAS dan pihaknya merakam ucapan takziah kepada isteri dan seluruh ahli keluarga.

"Semoga Allah S.W.T merahmatinya dan memasukkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh dan bertakwa," kata beliau.

Almarhum dilaporkan terjatuh di bilik air serta tidak sedarkan diri sejak awal tahun lepas kerana darah tinggi dan telah menjalani pembedahan membuang pendarahan di kepalanya.

Laporan lanjut menyusul. - HARAKAHDAILY 8/1/2019