27
Mon, May
28 Artikel Baru

PAS Putatan gerakkan operasi bantu mangsa kebakaran

Berita
Typography

PUTATAN: PAS Kawasan Putatan dengan kerjasama Unit Bencana PAS Negeri Sabah dan Khidmat Malaysia Sabah telah mengaktifkan bilik gerakan bencana untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini.

Misi bencana kali ini dijalankan secara bersepadu yang turut melibatkan Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Putatan, Lajnah Kebajikan PAS Putatan dan Briged Muslimat PAS Putatan.

Seramai 315 mangsa dari 76 keluarga hilang tempat tinggal dan terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Serbaguna Putatan setelah 55 rumah musnah dijilat api dalam kejadian kelmarin.

Dewan Pemuda PAS Putatan dan PAS Cawangan Pasir Putih telah membuat penyerahan bantuan awal pada hari kejadian dan terus melakukan pemantauan secara lebih dekat bagi meringankan beban mangsa.

Turut turun ke lapangan menyampaikan sumbangan ialah Yang Dipertua PAS Putatan, Ustaz Muhammad Akmal Othman dan Ketua Dewan Pemuda PAS Putatan, Asrul Samat serta Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah dan Dewan Muslimat PAS Putatan. - HARAKAHDAILY 12/1/2019

IMG 20190112 WA0034 

IMG 20190112 WA0033