19
Fri, Jul
21 Artikel Baru

4 bertanding PRK Cameron Highlands

Berita
Typography

CAMERON HIGHLANDS: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.078 Cameron Highlands bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), BN dan Bebas.

Pegawai Pengurus PRK Cameron Highlands, Dato’ Ishak Md Napis mengumumkan senarai calon yang bertanding dalam PRK itu pada jam 11.09 pagi selepas tempoh proses penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah ditutup pada pukul 10.00 pagi.

Mereka terdiri daripada calon PH daripada DAP, M Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) dan dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

SPR menetapkan hari mengundi pada 26 Januari dan pengundian awal pula pada 22 Januari ini.

Pada PRU14 lalu, Datuk C Sivarraajh darpadai BN memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperolehi 10,307 undi menewaskan Manogaran dan tiga calon lain.

PRK Cameron Highlands diadakan susulan Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Sivarraajh daripada MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Berikutan itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan pilihan raya berkenaan terbatal. – HARAKAHDAILY 12/1/2019