Kes S’wak Report: PAS Kedah sumbang RM30,000

Berita
Typography

GOMBAK: Sebanyak RM30,000 disumbangkan oleh PAS Kedah untuk membantu pengurusan kewangan berkaitan pembicaraan Sarawak Report sempena Liqa Fikri PAS Pusat di KUIZM, pagi tadi.

Sumbangan berkenaan diserahkan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebaik sahaja pembentangan kertas kerja selesai.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan telah menerima sumbangan sebanyak RM20,000 daripada PAS negeri itu pada majlis Munaqasah Ucapan Dasar Presiden, di Kompleks PAS Kedah.

Para peserta Liqa Fikri "Liqa Fikri Politik Matlamat Menghalang Cara" yang diadakan di Dewan Dato' Fadzil Noor itu dapat mengikuti dua kupasan kertas kerja iaitu "Bahaya Politik Matlamat Menghalalkan Cara" oleh Tuan Guru Abdul Hadi dan "Prinsip Rahmatan Lil A'lamin Dalam Siyasah Syar'iyyah" yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 12/1/2019