26
Fri, Apr
15 Artikel Baru

Penyokong PH, BN bertikam lidah

Berita
Typography

CAMERON HIGHLANDS: Penyokong Pakatan Harapan (PH) bertikam lidah dengan penyokong BN selepas selesai penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, di sini hari ini.

Para penyokong PH melaungkan perkataan ‘perasuah’ dan menunjukkan duit kepada penyokong Umno.

Walau bagaimanapun, ejekan tersebut dibalas dengan perkataan ‘penipu dan hancing’ oleh penyokong Umno.

Suara sorakan kedua-dua belah pihak menggamatkan suasana di luar pekarangan pusat penamaan calon di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah.

Suasana tersebut masih terkawal dan tiada provokasi yang tidak diingini berlaku kerana kedudukan dua belah pihak itu diasingkan oleh pihak berkuasa.

Pujian harus diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah mengawal perjalanan penamaan calon PRK itu dengan baik dan lancar. – HARAKAHDAILY 12/1/2019