23
Fri, Aug
33 Artikel Baru

Undi ahli PAS bantu BN di Cameron Highlands

Berita
Typography

CAMERON HIGHLANDS: PAS menganggarkan hampir 100 peratus ahli dan penyokong parti itu keluar mengundi dan memangkah BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands Sabtu lepas.

Ketua Dewan Muslimat Cameron Highlands Dalmah Ismail berkata, sokongan yang diberi tersebut membolehkan jumlah majoriti calon BN meningkat hampir 400 peratus.

Katanya situasi itu dapat dilihat peringkat awal lagi di mana petugas PAS bekerjasama dengan jentera pilihan raya BN.

“Jentera Pakatan Harapan juga terdiri daripada bekas ahli PAS yang tiada lagi pengaruh dalam masyarakat.

“Kerjasama padu jentera pembangkang sejak awal lagi tidak mampu disaingi jentera PH biar pun sebahagian besar diimport dari luar kawasan,” katanya di sini.

Pada PRK tersebut calon BN Ramli Mohd Nor yang memperoleh 12,038 undi menewaskan calon PH dan dua calon Bebas dengan majoriti 3,238 undi. - HARAKAHDAILY 30/1/2019