23
Tue, Apr
23 Artikel Baru

Konvoi RADU 2.0 jelajah daerah Sabah

Berita
Typography
KOTA  KINABALU: Alternative Riding Club (ARC) Negeri Sabah telah menganjurkan Konvoi Riadah, Amal, Dakwah dan Ukhuwah (RADU) Siri Kedua bermula 2 Februari lalu dan berakhir hari ini.
 
Sepanjang tiga hari konvoi yang disertai 55 peserta dari Sabah dan Sarawak itu, mereka telah menjelajah perjalanan ke Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Tawau.
 
Bertemakan "Manfaat Untuk Pusat Pendidikan Islam", konvoi tersebut mengekalkan konsep ziarah ke Pusat-pusat Pendidikan Islam dan menyerahkan sumbangan.
 
Turut disertai penunggang senior dan peminat dunua permotoran, mereka telah menziarahi PASTI dan SRITI serta Madrasah Darul Hidayah di Tawau sejak pelepasan yang bermula di Kota Kinabalu.
 
Sepanjang konvoi juga, peserta mengikuti sesi pengisian rohani dan pendedahan berkaitan fiqh musafir serta solat berjamaah jamak qasar, selain mengenai tuntutan fardu ain yang lain.
 
Penutup konvoi tersebut telah disempurnakan Pengarah ARC Sabah, Asrul Samat pada majlis ringkas di Dewan Imam Bukhari Madrasah Darul Hidayah, hari ini. - HARAKAHDAILY 4/1/2019