23
Tue, Apr
24 Artikel Baru

DITC promosi bilik buat peserta Mujahid Siber

Berita
Typography

KEMAMAN: Darul Iman Training Center (DITC) mengalu-alukan kehadiran peserta Ijtimak Siber dari seluruh negara pada 16 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DITC, Mohd Shuhaimi Embong berkata, tawaran harga bilik istimewa bermula dari RM50 hingga RM60 sebilik diberi khas kepada peserta untuk menginap di sini.

DITC katanya terletak di Telok Kalong, Kemaman tidak jauh dari Dewan Berlian, lokasi ijtimak tersebut.

Mereka yang menginap di sini boleh menikmati panorama menarik Pantai Telok Kalong di mana DITC miliki "private beach" yang menjanjikan kemeriahan berganda buat pengunjung.

Sekitar kawasan ini pula terdapat kedai-kedai makan, ikan celup tepung istimewa di Pantai Telok Kalong dan Kijal, selain tidak jauh dengan Pelabuhan Kemaman untuk pengunjung mendapatkan keropok lekor sebagai buah tangan pulang ke negeri masing-masing.

Bagi sebarang tempahan bolehlah melayari websites www.ditc.my

Boleh menghubungi talian 019-9286889 Afdharuddin untuk tempahan. - HARAKAHDAILY 7/2/2019