23
Fri, Aug
33 Artikel Baru

Tiada dana disalur kepada parti lain

Berita
Typography

KOTA BHARU: Umno mengakui tiada sebarang dana disalurkan kepada parti lain walaupun segelintir pimpinan Pakatan Harapan (PH) mendakwa sebanyak RM90 juta diterima PAS.

Pemangku Presiden Umno Dato' Seri Mohamad Hassan berkata, Umno tidak memberi dana kepada parti lain termasuk PAS.

Bercakap pada Bicara Minda Bersama Timbalan Presiden Umno di Karangkraf hari ini katanya Umno tahu politik wang boleh merosakkan sebuah kerajaan atau tamadun.

“Malah gejala ini bertentangan dengan ajaran Islam,” katanya program Bicara Ninda bersama Timbalan Presiden Umno di Dewan Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam bermula jam 3.30 petang tadi.

Program itu dimoderator bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Tan Sri Johan Jaaffar.

Dakwaan PAS menerima dana 1MDB kembali hangat apabila Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat keputusan menyelesaikan kes saman terhadap Sarawak Report di luar mahkamah.

Pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown sebelum ini mendakwa wang RM90 juta yang dimasuk dalam akaun pemimpin PAS. - HARAKAHDAILY 7/2/2019