23
Tue, Apr
24 Artikel Baru

Azmin lebih wibawa berbanding PAN

Mohd Nawawi Awang menerima kunci rumah dhuafat daripada Adun Salor.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kegelisahan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dapat dilihat apabila mereka mempertikaikan pelantikan Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan.

Sehingga sekarang pemimpin parti serpihan terbabit belum mendapat kedudukan diimpikan sehingga terpaksa mengeluarkan modal lama menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno.

Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar berkata, Menteri Hal Ehwal Ekonomi diyakini mampu melaksanakan tugas dengan baik termasuk menunaikan tuntutan royalti.

Katanya, walaupun pemimpin terbabit bukan anak tempatan namun kewibawaannya lebih terserlah berbanding dengan pemimpin PH yang ada di Kelantan.

“Kita menyokong langkah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melantik Dato' Seri Azmin sebagai Pengerusi MTNg Kelantan.

"Kita berharap beliau membawa pelbagai pembangunan serta perubahan ke Kelantan termasuk menunaikan tuntutan royalti yang tertangguh sejak sekian lama," katanya di sini. - HARAKAHDAILY 8/2/2019