21
Tue, May
18 Artikel Baru

RM90 juta: Jangan malu bakal PM kelapan

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: PAS tidak percaya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dituduh liwat walaupun mahkamah telah menjatuhkan hukuman.

Malahan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengeluarkan buku membincangkan bab Qazaf.

Tiba-tiba Dato’ Seri Anwar kata PAS menyokong Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri (PM) sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai usaha untuk hendak melindungi kes RM90 juta.

“Dahsyat.

“Tidak sangka saya, pemikiran Dato’ Seri Anwar seperti setengah pemimpin PH yang memang sudah tahu budaya politik fitnah mereka,” kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad kepada Harakahdaily.

Justeru, ujar beliau, kalau marah kepada PAS jangan pula memfitnah PAS dengan isu RM90 juta sebaliknya carilah isu lain.

Jelasnya, sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mencari bukti dan pejabat suruhanjaya itu sentiasa terbuka.

“Sila bawa bukti, RM90 juta bukan RM90 dan negara ada undang-undang,” ujarnya lagi.

Menurutnya, anak buah Anwar yang berdegar-degar menuduh ada bukti RM90 juta sampai hari ini tidak muncul.

“Sudah hilang di alam ghaib,” katanya sinis.

Beliau berkata, Anwar pernah menjadi Menteri Kewangan yang sudah pasti arif prosedur kewangan dan tentu boleh akses maklumat daripada pihak berwajib mengenai duit RM90 juta.

“Jangan buat malu bakal PM kelapan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/2/2019