Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Jangan menghukum tanpa gambaran yang tidak jelas

Fikrah
Typography

TAUSIYAH TARBIYAH ILMIAH

Kaedah:

الحكم على الشيء فرع عن تصوره.

Maksudnya:
“Penentuan hukum atas sesuatu perkara, adalah satu cabang daripada gambaran tentangnya”.

1. Kaedah ini bermaksud bahawa tasawwur atau gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara, adalah asas dalam menentukan hukum. Manakala proses penentuan hukum sesuatu perkara tadi, adalah cabang kepada asas yang dinyatakan.

Dalam erti kata yang lain, proses penentuan hukum bagi sesuatu perkara, tidak dapat dilakukan atau dijatuhkan, selagimana gambaran yang jelas tentang perkara atau perbuatan atau peristiwa tertentu tidak diperolehi dengan benar dan tepat.

2. Al-Imam Al-Jurjani RA berkata: “Tasawwur ialah terhasilnya gambaran terhadap sesuatu pada aqal”. Maka tasawwur/gambaran yang dikehendaki dalam kaedah ini ialah tasawwur ilmu (gambaran pengetahuan) yang mendalam tentang sesuatu. Oleh itu tidak boleh sesekali menjatuhkan hukum atas seseorang atau sesuatu perbuatan kecuali setelah mendapat tasawwur/gambaran yang jelas dan tepat dari sudut hal yang berlaku dan memahaminya dengan ilmu yang mendalam dalam perkara berkaitan.

member login