Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Muslim hari ini perlu ‘Pembangunan Insan’ semula?

Fikrah
Typography

KEWUJUDAN bangsa insan (manusiawi) di muka bumi ini adalah untuk menjadi khalifah Allah SWT dengan melakukan segenap titah perintah-Nya dan meninggalkan segenap larangan-Nya dengan membawa segenap manusia tanpa mengira latar belakang pendidikan dan kefahaman politiknya malah hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Dalam erti kata lain, Allah SWT mahukan dari hamba-hambaNya agar wujud aspek pembinaan insan dengan segala bentuk kebaikan yang berlangsung di muka bumi ini yang juga menjadi matlamat turunnya agama Islam melalui para Anbiya’ bermula dari Nabi Adam a.s. hinggalah kepada Nabi Muhammad SAW.

Islam yang menjadi agama pegangan ummah hingga ke hari ini yang membawa ribuan maksud untuk mencapai keamanan dan keselamatan, berpaksikan kepada tiga persoalan besar yang dikemukakan Islam kepada kita, iaitu; dari mana kita datang, apakah matlamat Allah jadikan kita sebagai manusia dan di manakah kita akan dikembalikan?

member login