Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Hikmah banjir di P. Pinang kepada Pimpinan PAS, Unit Amal dan ARC

Fikrah
Typography

ALHAMDULILLAH banjir yang sedang melanda negeri Pulau Pinang baharu-baharu ini telah memperlihatkan rasa simpati, tanggungjawab semua pihak, malah telah menyerlahkan kesungguhan para pemimpin PAS di semua peringkat, bukan sahaja di peringkat pimpinan PAS Pusat, malah pimpinan kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh Datuk Bentara Ustaz Ahmad Yaakob yang telah meluluskan bantuan RM50K bagi menyelenggara musibah tersebut.

Di peringkat PAS Pusat pula, Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Jabatan Amal Malaysia agar dapat membantu musibah yang melanda negeri berkenaan. Begitu juga dengan dua Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Selangor yang masing-masing menyeru ahli-ahli PAS yang berkelapangan dapat ke sana untuk melicinkan usaha membaik pulih terutama Unit Amal dan lain-lain. Apa punca sebenar kejadian banjir yang memusnahkan negeri berkenaan kita serahkan kepada Allah SWT, kerana penulis yakin ramai yang sudah mengetahui insiden-insiden sebelum musibah itu menimpa

member login