Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Akhbar Harakah dekatkan Morsidah dengan PAS

Fikrah
Typography

WANITA kelahiran Kampung Pamah Rawas, Ulu Dong, Raub, Pahang ini mempunyai kisahnya yang tersendiri mengenai perjuangannya sebagai ahli PAS. Akhbar Harakah, yang merupakan lidah rasmi PAS banyak membuka jalan kepadanya untuk meneroka mengenai gerakan Islam yang  membawa wadah Islam  sebenar.

Bermula dengan membaca keluaran pertama Harakah pada Mac 1987 yang dibelinya di sebuah gerai surat khabar di Bentong, Pahang, beliau tidak ketinggalan mendapatkan Harakah pada setiap keluaran. Maklumat di dalam Harakah banyak memberi kefahaman kepadanya mengenai perjuangan PAS yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah.

Bagaimanapun sewaktu itu tidak terlintas di fikiran empunya nama Morsidah Mohd Amin, untuk menjadi ahli PAS. Ini kerana pada waktu itu beliau merupakan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan pertubuhan Al-Arqam.

member login