Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Mukmin hakiki sentiasa dahulukan orang lain

Fikrah
Typography

ISLAM amat menggalakkan agar hidup sentiasa bersahabat. Apabila berkawan ada tanggungjawab terhadap harta benda, iaitu harta benda kita terhadap sahabat dan begitu juga sebaliknya. Taraf persahabatan itu mempunyai tiga keadaan; yang paling rendah ialah kawan kita umpama budak suruhan di bawah jagaan kita, apabila tidak selesai urusan kita baharu diserahkan kepada mereka.

Kedua sahabat itu setaraf dengan kita, iaitu kita rela harta dikongsi bersama, sebaliknya dia pun demikian juga. Ketiga peringkat yang tinggi iaitu "iitsar"  mengutamakan orang lain, sebagaimana dijelaskan melalui firman Allah SWT yang bermaksud : "...Dan mereka mengutamakan (orang orang muhajirin) atas diri mereka sendiri, sekalipun diri mereka dalam kesusahan. Dan siapa yang dipelihara dari kebakhilan dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung." (Surah Al-Hasyar sebahagian ayat 9).

member login