Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Kelahiran Nabi Muhammad diiringi rahmat Allah SWT

Fikrah
Typography

SESUNGGUHNYA kehidupan masyarakat jahiliyyah di zaman sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. berada dalam keadaan huru hara dan penuh dengan keserabutan, kerana masyarakat Makkah khususnya boleh disifatkan sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana melakukan jenayah-jenayah yang dianggap kecil bagi mereka.

Jenayah seperti pembunuhan anak-anak perempuan dengan pelbagai alasan yang tidak boleh diterima oleh akal yang waras, berjudi, berfoya-foya, berzina, meminum arak sudah menjadi budaya biasa bagi masyarakat jahiliyyah tersebut, dan mereka mempertahankan perbuatan jenayah itu dan menganggapnya sebagai perkara yang membawa kepada tamadun mereka.

Mana-mana pihak yang cuba menghalang apa yang telah menjadi darah daging mereka termasuk penyembahan berhala, pasti akan ditentang habis-habisan walau dengan apa cara sekalipun walaupun terpaksa menggadai nyawa semata-mata untuk berkorban kepada Tuhan-tuhan mereka.

member login