Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Terima Islam seadanya bukan dalam keadaan terdesak

Fikrah
Typography

WALAUPUN terdapat ungkapan Melayu yang sangat masyhur ‘Rambut sama hitam tetapi hati lain-lain’ mungkin ada kebenarannya, kerana jika terdapat sejuta manusia di muka bumi ini, maka sudah tentu keinginan atau kecenderungan mereka juga berbagai-bagai, ia tidak sama antara satu sama lain, dari sudut pemakanan sahaja ia kelihatan berbeza, ada yang suka pedas, ada yang suka manis, tidak kurang juga yang suka masam-masam manis.

Begitulah adat resam hidup di dunia ini, yang bernama atau berjenama Islam pun terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, keturunan, budaya yang berbeza, ada Cina, Melayu, Arab, India, Kadazan dan lain-lain, ini menunjukkan betapa hebat Allah SWT dalam mencipta segenap rumpun bangsa dan bahasa yang berlainan yang boleh hidup bawah satu negara.

member login