Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Ada yang tidak mahu syafaat Nabi pada hari kiamat?

Fikrah
Typography

SEBENARNYA tidak seorangpun dalam kalangan manusia yang layak untuk bercakap tentang isu syafaat Nabi Muhammad pada hari kiamat. Kerana keistimewaan itu hanyalah dimiliki oleh baginda s.a.w. yang menjadi individu tumpuan di Padang Mahsyar pada hari di mana semua manusia sedang berhimpun di hadapan ‘Mahkamah Allah SWT”.

Walau bagaimanapun kita hanya bercakap persoalan syafaat Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang layak menerimanya dan yang layak untuk dipandang oleh baginda dengan pandangan kasih sayangnya. Kerana bukan semua manusia pada hari kiamata akan dipandang mulia, malah ada yang tersingkir daripada menerima syafaat baginda itu.

member login