Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Kuliah Dhuha Jumaat Presiden PAS (26 Jan 2018)

Fikrah
Typography
(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha Jumaat oleh Presiden PAS mengupas kitab Tauhid dan Sirah di Masjid Rusila, Marang pada 26 Januari 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
 
BAHAGIAN PERTAMA
(Kitab Tauhid) Beriman Kepada Hari Akhirat
 
Umat Muhammad paling awal dihisab
 
Di hari yang dahsyat ini Allah S.W.T memberi kurnia kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umatnya meskipun mereka umat yang akhir dilahirkan di dunia. Tetapi mereka diselesaikan hisab lebih dahulu dari umat-umat yang lain pada Hari Kiamat dan pertama-tama juga dimasukkan ke Syurga. Perkara ini dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam Hadis berikut: 
عن ابي هريرة رضي الله عنه قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، نحن الآخرون ونحن السابقون يوم القيامة، بيد أن كل أمة، أوتيت الكتاب من قبلنا، وأوتيناه من بعدهم، ثم هذا اليوم الذي كتبه الله علينا، هدانا الله له، والناس لنا فيه تبع، اليهود غدا والنصارى بعد غد
 
Ertinya:
 
“Dari Abi Hurairah R.A, katanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Kami ialah umat yang akhir yakni dilahirkan dan umat yang didahulukan pada Hari Kiamat. Meskipun tiap-tiap umat dikurniakan kitab dahulu daripada kami, dan kami dikurniakan kemudian daripada mereka, kemudian hari ini yakni hari Jumaat yang telah ditentukan oleh Allah kepada kami. Dan Allah memberi petunjuk kepada kami baginya. Dan manusia yang lain mengikut di belakang iaitu (esok hari Sabtu) yakni Yahudi (besok hari Sabtu) dan Nasoro pula lusa (yakni hari Ahad).” 
(Muttafaqun Alaih)

member login