Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Perasmian Milad Eidul Ilmu & Dar Sy. Khadijah

Fikrah
Typography

(Teks transkrip penuh dari ucapan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Islam Sedunia merangkap Presiden PAS pada Perasmian Sambutan Milad Ke-9 Eidul Ilmi & Dar Sayyidah Khadijah, 28 Januari 2018 di Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung.Abi Padang Machang, Kangar yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

 

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

“Kitab al-Quran ini tidak syak lagi memberi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.”

(al-Baqarah: 2)

Terlebih dahulu marilah kita bersyukur kepada Allah S.W.T yang meletakkan kita kalangan mereka yang memelihara al-Quranul Karim dan ilmunya. Walaupun Allah S.W.T telah memberi jaminan untuk memelihara kitab-Nya ini:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Kami yang telah menurunkan peringatan (al-Quran ini), dan Kamilah yang memeliharanya.”

(al-Hijr: 9)

Namun kita adalah hamba-hamba Allah yang wajib memelihara kitab Allah ini. Allah memilih kitab al-Quran menjadi mukjizat yang besar kepada Nabi Muhammad S.A.W, mukjizat ilmu, berbeza dengan mukjizat yang diberi kepada Rasul-rasul yang terdahulu. Rasul yang diutuskan untuk seluruh dunia, untuk seluruh manusia sehingga hari kiamat. Berbeza dengan Rasul sebelumnya untuk kaumnya sahaja dan umatnya sahaja.

member login