Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Mutiara Nasihat: Kembali kepada Islam

Fikrah
Typography

(Teks suntingan dan transkrip dari ucapan pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pada Himpunan Munajat Perdana MyAqsa Putrajaya 27 Januari 2018 di Dataran Putrajaya, Presint 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

Kembali apa yang diajar oleh Allah

Kita kena kembali balik apa yang diajar oleh Allah. Allah sebut dalam Quran:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ

Bila kamu bertelagah dalam satu urusan, (hidup kamu ini bila kamu bertelagah, kamu jangan rujuk pada persepsi manusia.) Kamu kena rujuk kepada (apa dia? Rujuk kepada) al-Quran dan Hadis.

(an-Nisa’: 59)

Sekarang ini ustaz, orang kita ini cukup-cukup bercakap, kalau bercakap sikit, persepsi manusia. Cakap sikit, persepsi orang. Yang ini penuh dengan keyakinan. Dia tahu ke persepsi itu apa dia? Persepsi ini merupakan yang dinamakan dengan apa dia? Prasangka di kalangan orang itu sendiri.

Allah dah sebut dalam Quran:

إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ

Sesungguhnya sebahagian prasangka itu penuh dengan dosa yang kamu lakukan.

(al-Hujurat: 12)

Orang kita dia tak yakin dengan al-Quran. Dalam hidup ini kalau kita nak kembalikan balik kekuatan umat Islam, ataupun kita nak jadikan pemulihan dalam hidup kita ini berbalik kepada al-Quran, berbalik kepada Hadis Rasulullah.

Yang jadi masalah orang kita, Quran pun tak dibaca. Ramai mana di kalangan kita tak boleh baca? Hidup kita tanya, tak takut mati ke tak boleh baca Quran? Tak apa, kalau mati nanti orang tolong baca.

member login