Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Islam membuka, tidak memaksa

Fikrah
Typography

 (Teks transkrip penuh dari ucapan Presiden PAS pada Perasmian Wisma Purnama Station 18, 3 Januari 2018 di Wisma Purnama Station 18, Gopeng disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

 

Islam yang berdaulat

وَلِلَّهِ جُنُودُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَكَانَ اللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

(Firman Allah, kata Allah) Dan bagi Allah itu bala tentera di langit dan di bumi, dan adalah Allah itu Maha Perkasa (tidak ada siapa yang dapat menentang, mengalahi-Nya). Dan Allah itu lagi Maha Bijaksana

(al-Fath: 7)

Negeri yang dimeteraikan Perjanjian Pangkor yang terkenal selepas kejatuhan Pulau Pinang, Singapura.

Lahirnya para pejuang yang menentang penjajah sejak zaman awalnya. Melibatkan Raja, ulama, pembesar dan penduduk. Mereka tidak menyerah kalah kerana berkat jati diri Islam yang ditanam oleh para pendakwah yang berjaya membawa hidayah petunjuk Allah S.W.T ke tanah air kita.

Islam yang datang ke sini adalah Islam yang berdaulat, Islam yang memerintah bukan Islam yang diperintah. Bukan Islam yang berkurung di masjid dan surau. Islam yang bergerak di medan rakyat. Rahmat Islam yang sempurna ini telah berjaya mengIslamkan penduduk Nusantara termasuk Negeri Perak di Tanah Melayu ini yang rata-rata menganut agama Hindu dan agama Buddha.

Mereka tidak dipaksa untuk masuk Islam kerana tidak ada paksaan dalam agama. Melalui pemerintahan Islam yang adil kepada seluruh rakyat, Islam yang tidak boleh memperhambakan sesama manusia. Pemerintah, pemimpin negara hanyalah pemegang amanah yang wajib menyampaikan syariat Allah yang adil sehingga ditegakkan syariat itu di atas muka bumi.

member login