Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Dunia Islam Masa Kini (Siri Ke-4)

Fikrah
Typography

 

(Teks transkrip dari Kuliah Dhuha (Siri Ke-4 Dunia Islam Masa Kini) oleh Presiden PAS di Dataran Ilmu KUIZM, Taman Melewar, Selangor pada 11 Februari 2018 yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

 

Kesatuan umat Islam


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تُطِيعُوا فَرِيقًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

“Wahai orang-orang yang beriman, jika sekiranya kamu mentaati satu golongan di kalangan ahli kitab, nescaya mereka akan pesongkan kamu setelah kamu beriman kamu menjadi orang-orang yang kafir (yang ingkar akan perintah Allah).”

(Ali-‘Imran: 100)

Hingga beberapa ayat selepasnya. Sebab nuzul, sebab turun ayat-ayat ini berkait dengan kedengkian orang-orang Yahudi Ahli Kitab terhadap kesatuan umat Islam yang dijalinkan oleh iman mereka, dipraktikkan oleh Nabi S.A.W bukan sahaja di antara Muhajirin dan Ansar, termasuk juga di kalangan Aus dan Khazraj dua kabilah besar yang tinggal di Madinah. Sebelum Islam, mereka berperang di antara satu sama lain. Islam telah berjaya menyatukan mereka.

Orang-orang Yahudi yang dibenarkan tinggal di Madinah dimasukkan dalam Sahifah Madinah ataupun piagam Madinah, kontrak sosial yang pertama yang dilakukan dalam dunia politik.

Islam menerima masyarakat majmuk, sebagai satu pendekatan mengadakan hubungan dengan pihak lain bagi menyampaikan Islam kepada seluruh manusia.

Namun orang-orang Yahudi walaupun mereka tahu benarnya Nabi Muhammad S.A.W adalah Rasul, tetapi fanatik perkauman, fanatik agama Yahudi, yang ada dalam diri mereka menjadikan mereka penentang-penentang Islam. Yang disebut:

الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ

“Golongan yang dimurkai oleh Allah S.W.T”

(al-Fatihah: 7)

Mereka merancang secara terbuka dan senyap-senyap untuk merosakkan umat Islam dan merosakkan agama Islam. Di zaman awal mereka melagakan di antara Aus dan Khazraj dengan membaca syair ataupun sajak-sajak yang membanggakan pahlawan masing-masing.

Bila semangat tinggi, menyebabkan masing-masing keras kaum masing-masinglah yang lebih kuat daripada yang lain. Akhirnya hampir mencetuskan pertempuran seperti berlaku di zaman jahiliyah.

Allah menurunkan ayat ini bila dibaca oleh Nabi s.a.w iman yang ada dalam hati mereka menginsafkan mereka, tak jadi berperang, mereka bersatu, bersaudara balik dengan kukuh dan kuat. Quran adalah mukjizat ilmu sehingga hari kiamat. Petunjuknya tidak habis dengan wafatnya Nabi S.A.W, berlangsung sehingga hari ini.

member login