Dengarlah nasihat kami

Gaya Hidup
Typography

LAGI kes kecederaan akibat rawatan batu geliga dalam mata. Kami sudah berikan solusi dan cadangan, agar jangan bertindak cara singkat. Mungkin bayaran rawatan batu geliga Mak Lang atau Pak Teh tak mahal, tetapi nak merawat komplikasi pulak akan habis ribu riban. Adakah Pak Teh dan Mak Lang akan buat follow up? Beri temu janji jika berlaku perkara yang tidak diingini? Sudah tentu tidak! Mereka sudah berlepas diri. Yang sengsara adalah kita yang sengaja cari nahas melalui jalan mudah untuk merawat.

Semoga pesakit yang dapat komplikasi-komplikasi sebegini datang segera ke hospital untuk pihak kami membuat perawatan lanjut. Jika lambat ia akan melarat.

Dr Suhazeli fb