Merkuri dalam vaksin?

Gaya Hidup
Typography

SEPANJANG sejarah, program imunisasi telah menjadi perencat kepada perkembangan penyakit berjangkit yang khusus (vaccine preventable diseases). Sekali gus ia adalah 'ubat' paling ampuh menghalang Small Pox (Cacar), Polio dan sebagainya. Pun begitu, tidak dinafikan pemberian vaksin ke atas bayi telah menimbulkan kesan yang tidak memuaskan di kalangan ibu bapa. Penentangan yang selalu juga ditimbulkan oleh sesetengah golongan adalah kesan sampingan dari pemberian vaksin (AEFI) dan mendakwa pihak berwajib tidak mengikuti Garis Panduan Farmakovigilan Kebangsaan (GPFK). Seluruh pengamal perubatan tidak menyangkal bahawa setiap bahan asing yang memasuki tubuh, badan kita akan bertindak bagi menyahkan bahan asing itu dari tubuh. Hatta Panadol yang boleh dibeli secara terbuka sekalipun mempunyai kesan sampingan samada sederhana dan serius. Serahkan kepada yang mahir untuk menguruskannya.

drsuhazeli2Kebanyakan golongan yang menentang penggunaan vaksin adalah kerana terdapatnya bahan-bahan Alluminium, Merkuri dan logam berat lain. Dakwaan yang menyatakan Garam Aluminium boleh membawa kepada punca penyakit Alzaimer, Dimensia dan sawan adalah tidak benar. Begitu juga dakwaan mengaitkan Thimerosal (merkuri) dalam vaksin MMR penyebab autisma, disangkal dari banyak kajian berwibawa. Rekod kajian saintifik dari tahun 2007 - 2013 (large scale study) dijalankan secara kohort, dari jumlah 113,211 kanak-kanak dalam kajian yang diberi vaksin, tiada satupun dikaitkan dengan autism. Insidens autisma timbul juga adalah variasi yang berlaku dalam masyarakat (1 dari 68 tahun 2010) mengalami Autism Spectrum Disorder. Tanpa dikaitkan dgn vaksinasi. Sebagai panduan, Thimerosal telah dibuang dari vaksin hampir sedekad lalu. Walaupun sudah dibuang, jumlah insidens autisma tetap wujud.

Saya membaca satu website yang mengumpulkan 30 bukti kukuh pemberian vaksin dikaitkan dengan autisma [7]. Saya membacanya dengan penuh minat. Seperti biasa saya akan melihat dari sudut metodologi kajian, samada tepat atau tidak dan hasil kajian sama ada disimpulkan sesuai dengan tajuk setiap kajian. Sebab setiap penulisan, pasti terdapat kecenderungan tertentu yang ingin dicapai oleh pengkaji. Saya baca kajian nombor 1 dan 2, semuanya "out of context" sepertimana tajuk web yang mengujakan itu. Saya buat bacaan random beberapa artikel lain, tidak dapat disimpulkan pembuktian sahih.

Vaksin yang diberikan kepada badan manusia hanya sedikit, 0.5 ml. Jumlah tersebut tidak boleh menimbulkan gejala yang memudaratkan seperti dakwaan tersebut. Beberapa kajian pembuktian telah dijalankan yang menolak dakwaan tersebut [Lihat link rujukan]. Walaupun mungkin ianya wujud, tetapi manfaat yang diperolehi mengatasi kesan sampingan yang wujud.

Ibu bapa harus diberi penerangan mengenai kepentingan vaksin dan kemungkinan kesan sampingan tertentu. Adakah perlu doktor wajib beritahu A-Z maklumat yang terdapat dalam product insert? Semua ubat-ubatan mempunyai product insert masing-masing. Ia adalah ibarat "manual product" yang menerangkan secara terperinci, termasuklah kesan sampingan yang "common" (biasa berlaku seperti demam dan ruam merah) dan kesan sampingan yang rare (jarang berlaku). "Common is common", manakala "rare is rare": bermakna kesan rare tidak diberitahu secara terperinci. Cukup dengan nasihat "jika berlaku sesuatu yang berlainan dari apa yang saya terangkan atas anak ini, sila datang segera ke klinik/hospital". Inilah persetujuan bersama yang diberikan oleh anggota kesihatan kepada pesakit. Bukan sahaja dalam kes imunisasi, tetapi kepada semua ubat-ubatan atau prosedur yang akan dilakukan kepada pesakit. Jika berlaku kesan sampingan, pesakit perlu kembali semula untuk rawatan sewajarnya.

Jika berlaku apa jua kesan sampingan, anggota kesihatan akan membuat laporan atas segala kesan sampingan yang timbul tersebut. Sistem pelaporan kesan sampingan ubat telah diperkenalkan di negara ini bagi membolehkan anggota kesihatan untuk mengambil bahagian dalam pemantauan keselamatan ubat-ubatan dengan cara melaporkan kesan sampingan atau/dan kesan advers yang ditemui. Pelaporan ini boleh dibuat secara online.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) bertanggungjawab untuk mengumpul semua laporan-laporan kesan advers berkaitan produk farmaseutikal termasuk vaksin selaras dengan Peraturan – Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 di bawah Akta Jualan Dadah 1952 ( Pindaan 1989) bagi memastikan ianya selamat, berkualiti dan efikasi [6].

Dr Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
www.suhazeli.com

Link rujukan
[1] Nøkleby Hanne. Neurological adverse events of immunization: experience with an aluminum adjuvanted meningococcal B outer membrane vesicle vaccine. Expert Review of Vaccines. 2007 2007/10/01;6(5):863-9.
[2]Society Malaysian Pharmaceutical. Immunisation for the good of all, 2002; MPS. 26-May-2002. http://www.mps.org.my/newsmaster.cfm
[3] Paul A. Offit MD. Vaccines and Aluminum <http://www.chop.edu/…/vac…/vaccine-ingredients/aluminum.html>. Accessed 11.04.2014 (Published 2014).
[4] Vacfacts. Vaccine Facts < http://www.vacfacts.info/> . Accessed 4/4/2014 (Published 2012).
[5] Stefan Riedel MD. Edward Jenner and the history of smallpox and vaccination . Volume 18: Baylor University Medical Center, Jan 2005:21–5.
[6] Panduan membuat pelaporan kesan sampingan ubat: http://www.myhealth.gov.my/?p=2170.
[7] 30 bukti kukuh vaksin penyebab autisma: http://circleofdocs.com/30-solid-scientific-studies-that-p…/

Ps: Maaf penerangan dalam bentuk penulisan agak sukar kerana penggunaan bahasa yang tak bertepatan mengikut tahap pendidikan dan kefahaman masing-masing.