Pil gugur

Gaya Hidup
Typography

SAYA setuju dengan Prof Imelda Balchin, agar angkat-suluh (highlight) isu pembelian pil gugur secara haram. Pihak berkuasa wajib memantau dan mengenakan tindakan tegas ke atas aktiviti penjualan samada secara terus atau laman cyber.

KKM tidak memasukkan pil gugur dalam senarai yang boleh dipreskripsi oleh pegawai perubatan berdaftar kerana ianya mengundang banyak kesan buruk termasuk kemungkinan disalahgunakan.

Jika kita lihat carian internet, banyak laman web mengiklankan pil gugur, malah boleh dibeli dengan senang. Hairan, bagaimana ia boleh lepas di pintu masuk negara samada lapangan terbang atau sempadan tanah air kita?

Jumlah kematian 47,000 itu bukan sedikit tetapi satu nilai yang signifikan. Menunjukkan betapa pentingnya kes kematian dari kelahiran/keguguran tidak selamat dibendong segera.

Anda semua juga boleh agen perencat kepada aktiviti yang tidak bertanggungjawab ini. Laporkan kepada kami.

Suhazeli Abdullah
Fb.com/drsuhazeli
9.11.2017
Pengadang Baru