Sepasang kasut mampu menyatukan rakyat

Gaya Hidup
Typography

"HANYA sepasang kasut bola, tetapi mampu membuatkan kita berkenalan dengan 21 orang ketika di padang," kata Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Zaidy Abd Talib.

Meskipun beliau sibuk dengan tugasan sebagai wakil rakyat, pimpinan PAS Negeri dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, masa untuk bersukan tidak pernah diabaikan.

Sukan merupakan salah satu ruang dan peluang kepadanya untuk merehatkan emosi dan fikiran daripada terus memikirkan soal kerja dan rakyat. Apabila bersukan sudah pasti badan menjadi sihat manakala otak cergas berfikir.

Bagi Zaidy, bermain bola merupakan satu sukan yang membuka ruang untuk berkenalan antara satu sama lain dan mampu mengeratkan silaturahim. - HARAKAHDAILY 2/2/2018


(Ikuti kisah lanjut beliau yang disiarkan dalam Harakah cetak Bil.2320 edisi Jumaat yang telah berada di pasaran)