Mini Karnival Dun Johor Jaya meriah

Gaya Hidup
Typography
PASIR GUDANG: Jabatan Pilihan Raya Dun (JPrD) N.24 Johor Jaya telah menganjurkan Mini Karnival yang berlangsung sederhana tetapi meriah di perkarangan PASTI Al-Kauthar, Taman Saujana, Plentong, di sini semalam.
 
Program tersebut diadakan dalam usaha meluaskan hubungan harmoni bersama masyarakat setempat dan memperkenalkan agenda semasa dibawa PAS kepada rakyat.
 
Antara mendapat perhatian ramai pengunjung yang datang berkeluarga adalah acara bowling kelapa untuk kaum lelaki, selain pelbagai aktiviti lain juga untuk kanak-kanak dan kaum ibu.
 
Turut diadakan adalah kaunter khas semakan daftar pemilih, pemeriksaan kesihatan percuma, tukar minyak enjin motosikal percuma, sumbangan kebajikan dan pelbagai lagi.
 
Bersama jamuan tengah hari yang menyelerakan, para tetamu turut 'disajikan' persembahan buskers dari Band Lestari di mana program disempurnakan perasmian oleh Yang DiPertua PAS Pasir Gudang, Azhari Mohd. - HARAKAHDAILY 4/2/2018