Takziah di atas pemergian Ustaz Azraie Omar

Presiden
Typography

KAMI mendapat perkhabaran berita sedih dan dukacita di atas pemergian Ustaz Haji Azraie bin Haji Omar, bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan tahun 1987-1991, yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi.

Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Ustaz Haji Azraie dan juga pimpinan serta ahli PAS Negeri Sembilan.

Sesungguhnya PAS kehilangan seorang tokoh yang gigih berjuang melakukan usaha dakwah dan kebajikan di Negeri Sembilan.

Kami juga menyeru seluruh ahli PAS dan umat Islam untuk mendoakan semoga roh almarhum ditempatkan di kalangan para syuhada’ dan solihin.

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 18/8/2019