Setinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak

Presiden
Typography

SETINGGI penghargaan di atas kesudian YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak menerima kunjungan hormat kami di pejabat beliau hari ini.

Kami bertukar pandangan mengenai usaha untuk merapatkan persahabatan yang telah terjalin di antara Kelantan, Terengganu dan Sarawak, seterusnya mengukuhkan kerjasama untuk memelihara perpaduan dan keamanan dalam negara.

Pertemuan yang amat bermakna ini turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Takiyuddin Bin Hassan, Setiausaha Agung PAS dan Haji Jofri Jaraiee, Pesuruhjaya PAS Sarawak. – HARAKAHDAILY 17/9/2019

t2