Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Memali: Pihak Kerajaan Wajar Akui Kesilapan

Muhasabah
Typography

KUALA LUMPUR: PAS amat kesal dengan sikap pihak-pihak tertentu, terutama para pemimpin dan penyokong-penyokong PAN, yang sanggup membangkitkan kononnya isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, disebabkan kesayangannya yang teramat sangat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada hal, Tabung Mangsa Memali yang pernah ditubuhkan untuk membela balu-balu mangsa yang terbunuh, anak-anak yatim, mangsa Memali yang terlantar sakit dan ditahan ISA itu dikendalikan oleh Badan Perhubungan PAS Kedah, manakala setiap sen derma telah disalurkan kepada yang layak dan berhak menerimanya.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, dakwaan tentang kononnya wujud penyelewengan itu telah timbul semenjak Almarhum Dato' Fadhil Noor masih hidup lagi.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat dan polis telah menjalankan siasatan dan hasilnya tiada siapa yang ditahan dan didakwa di mahkamah yang secara langsung membuktikan tiada penyelewengan berlaku sebagaimana yang dituduh.

member login