Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Malu itu iman

Muhasabah
Typography

MALU  bertanya  sesat  jalan “. Begitulah  pepatah  Melayu  yang  begitu  sinonim  dengan  adat  kehidupan  masyarakatnya. Malu, satu  perkataan yang ringkas  dan  pendek  serta  mempunyai  makna  yang  cukup  besar  dan  cukup  bermakna  sekali. Malu  juga  mempunyai  makna yang  tersirat  dan  simbolik  bagi  sesetengah  keadaan  yang  berlaku. Maknanya  dalam  masyarakat  Melayu, perkataan  malu  mempunyai  unsur  yang  berkait  dengan  perbuatan  sesudahnya.

Sebelum  seseorang  itu  melakukan  sesuatu  perbuatan  yang  hendak  dilakukan,  sebaiknya  seseorang  itu  perlu  memikirkan  apakah  yang  akan  berlaku  sesudah  itu.  Apakah  natijah  selepas  melakukan  sesuatu  itu.  Apakah  baik  bagi  dirinya  dan  orang  lain  atau  buruk  bagi  dirinya  dan  orang  lain.

Kerana  hasil  sesudah  apa  yang  dilakukan  itu  yang  akan  diterima  oleh  semua  pihak  yang  terlibat.

member login