Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Gitar, masjid dan 'Pak Serban'

Muhasabah
Typography

"SAYA ingatkan yang serban besar tu betul dah bawa saya untuk berubah, sekali saya lihat buku-buku di almari mereka, rupanya mereka Qadiani," luah rasa Azuar Mat Tasi (Zuar XPDC) semasa satu sesi sembang santai anak muda di Felda Palong 4, 17 Oktober lalu.

"Mujurlah saya tidak ikut mereka, kalau tidak dengan saya sesat sama," kata beliau sambil menambah memilih wadah PAS untuk bersama berjuang membawa syiar Islam dan menyedarkan khalayak untuk kembali kepada Allah.

Rambut panjangnya diikat kemas, gitar kapoknya dibungkus elok. Keluar dari kereta Kia Spectranya, dia bersama pembantunya terus ke hadapan pentas memasang siap peralatan untuk persembahannya pada petang itu.

member login