Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

PAS Tidak Bermusuh Dengan Media

Nasional
Typography

MARANG: 25 Ogos - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan pengamal media massa dan media cetak agar membuat laporan yang betul dan tepat.

Menurutnya, PAS amat menyedari betapa kekangan terhadap media berlaku di seluruh dunia termasuk di negara ini.

Namun, kata Dato’ Seri Abdul Hadi, hubungan parti itu dengan pihak media tidak putus.

Beliau menegaskan bahawa PAS tidak bermusuh dengan rakan media tetapi bermusuh dengan pihak yang bertanggungjawab menghalangnya.

“Kita menyedari media memainkan peranan yang penting dalam masyarakat untuk membuat laporan yang betul dan tepat. Walaupun kita (PAS) menyedari betapa kekangan terhadap media berlaku dalam dunia, banyak negara termasuk negara kita. 

“Namun, hubungan kita dengan media tidak putus. Dalam banyak-banyak yang dilaporkan itu sudah pasti ada yang sampai kepada masyarakat. Walaupun beberapa perkara yang kita (PAS) tidak puas hati tapi ada perkara yang boleh disampaikan kepada masyarakat. Ini sangat penting.

“Kita tidak bermusuh dengan rakan-rakan media, kita bermusuh dengan pihak yang bertanggungjawab, yang menghalang media itu,” tegasnya.

member login