Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Pesan ayah, cari kerja jalan ke syurga

Nasional
Typography

BAHAGIAN 1: Wawancara Ekslusif Datuk Seri Zakaria Jaffar

RASUAH umpama najis dadah, sekali kena pastinya akan 'ketagih' tak kesudahan. Penyakit yang berkait rapat dengan hati ini harus dibanteras, dan harus digempur habis-habisan. Berbicara lanjut mengenai perang rasuah di negara ini, Wartawan Harakah, NAZIRAH NASRUN telah menemubual Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Dato' Seri Zakaria Jaffar pada 28 September yang lalu di pejabat YARM beralamat Lot K5, Pasar Awam Precint 16, Jalan P 16G, 62150 Putrajaya.

DS Zakaria JaafarHARAKAH: Difahamkan bahawa Dato' adalah mahasiswa perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sesi 1977-1981. Meskipun mempunyai pilihan kerja lebih lumayan setaraf dengan kelulusan, anda memilih untuk menyertai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada waktu itu. Apa yang menyebabkan anda mengambil keputusan sedemikian?

ZAKARIA JAFFAR (ZJ): Bukan sahaja pilihan, hakikatnya memang begitu. Saya pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), belajar kumpulan pertama jurusan akaun UKM. Rakan sekelas saya pada waktu itu jadi Akauntan Negara sekarang, Datuk Che Pee Samsudin dan beberapa orang lagi dalam Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Saya telah ditawarkan bekerja sebagai Akauntan di Jabatan Akauntan Negara, mungkin kalau saya terima tawaran itu saya tiada di sini sekarang. Saya akan berada di Jabatan Akauntan Negara, tidak tahulah apa pangkat- itu rezeki masing-masing. Dalam masa yang sama ada temuduga, zaman dahulu, zaman sayalah tahun 70-80-an di mana kerja mencari kita bukan kita mencari kerja. Saya dipanggil ke temuduga BPR, jadi saya pergi temuduga dan penemuduga itu ialah Timbalan Ketua Pengarah BPR pada waktu itu- dia tanya soalan; betulkah kamu hendak kerja BPR ini? 

member login