Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

70 anak yatim tsunami Acheh dapat sumbangan Muslimat

Nasional
Typography

SERAMAI 70 orang anak yatim yang kehilangan ibu bapa di atas kejadian tsunami di Banda Acheh, Indonesia tahun 2004 lalu mendapat sentuhan kasih daripada Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), yang mengadakan lawatan ke Acheh baru-baru ini.

Nuridah sampaikan sumbanaganKetua DMPM, Ustazah Nuridah Salleh yang mengetuai delegasi seramai 39 orang itu berkata, rombongannya memberi sumbangan kepada Rumah Anak Yatim tersebut yang terletak di Kampung Neuhun Banda Aceh.

Katanya, lawatan itu yang berlangsung dari 21 September hingga 24 September lalu, bertujuan mendapatkan pengajaran dan hikmah tsunami yang melanda Banda Aceh, selain bercuti dan mengembara bagi mendapatkan ilmu dan pengetahuan.

Katanya, lawatan tersebut anjuran Usrah Billionaire dengan kerjasama DMPM turut diisi dengan pengisian rohani seperti kuliah dhuha yang disampaikan oleh beliau sendiri.

"Selain menziarahi tempat-tempat yang terdapat kesan-kesan tsunami seperti Masjid Baiturrahman, Kapal atas Rumah, Kapal Apung PLTD, Muzium Tsunami, Masjid Baiturrahim, kami juga berpeluang mengunjungi Kantor Dinas Syariat Islam Banda Aceh yang mentadbir dan menguruskan hal ehwal dan pelaksanaan syariat Islam di Bumi Serambi Mekah itu," katanya.

Rombongan mereka disambut Ketua Pengarah Dinas Syariat Islam, Bapak Dr Munawwar Ajalil.

Dalam rombongan tersebut katanya, mereka turut bertemu dengan pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Acheh. – HARAKAH 3/10/2017