Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Rasuah lebih daripada mungkar?

Nasional
Typography

BAHAGIAN 2: Wawancara Khas bersama Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YARM) Dato' Seri Zakaria Jaafar Wawancara Ekslusif Dato' Seri Zakaria Jaffar.

CPI yang saya tunjuk ada beza antara skor dan ranking. Ranking ini boleh kita samakan dengan nombor dalam kelas. Skor ini markahnya. Untuk tahun 2012, skornya adalah 49. Daripada tahun 2012 hingga 2016, ada berlaku penurunan skor. Untuk tahun 2012 ranking adalah 54 daripada 176 buah negara kalau dialihkan kepada nombor adalah 30. Untuk tahun-tahun seterusnya, boleh rujuk jadual penuh. Anda boleh simpulkan begini, bila tangkapan banyak skornya rendah (tahun 2016). Sedangkan jumlah tangkapan SPRM pada 2016 adalah tinggi iaitu 939, sebaliknya skor rendah iaitu 49. Tangkapan sikit, skornya tinggi pula. Ini kerana persepsi.

Kalau SPRM aktif, tangkap banyak tangkap sana sini maka orang pun berkata - banyaknya rasuah. Persepsinya macam itu. Jadi hendak ukur macam mana? Hendak ukur SPRM ke, hendak ukur persepsi? Kalau hendak ukur persepsi, duduk diamlah senyap saja. Jangan tangkap orang maka CPI pun bagus. Soalan yang anda tanya ini very tricky, sukar untuk diperjelaskan.

member login