Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Rumah: Krisis serius kepada golongan muda

Nasional
Typography

ILMUWAN sebagai sebuah NGO yang memayungi ahli-ahli akademik dan profesional tanah air yang istiqamah dalam membangunkan negara dan ummah secara holistik mengikuti secara dekat isu perumahan negara, isu yang sudah terlalu lama menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat namun seperti tidak mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berkuasa.

1.Rumah kediaman adalah salah satu keperluan asas yang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan setiap keluarga menduduki rumah sendiri yang selesa. Polisi longgar dan tindakan lemah oleh mana-mana kerajaan dalam menangani keperluan asas rakyat ini memberi kesan yang buruk kepada kebajikan dan kesejahteraan serta kehidupan sosial rakyat.

2.Malaysia sebagai sebuah negara membangun sedang menghadapi krisis pemilikan rumah yang serius untuk golongan muda yang berkeluarga. Ia bukan hanya dihadapi oleh golongan muda malah hampir keseluruhan rakyat golongan bawahan (B40). Ia menjadi lebih buruk di kawasan bandar dan pinggir bandar.

3.Terdapat tiga sebab yang dikenalpasti menjadi penyumbang kepada masalah berkaitan perumahan negara iaitu (a) jumlah rumah mampu milik (RMM) yang terlampau sedikit, (b) kenaikan harga rumah yang mendadak dan tidak mampu dimiliki, serta (c) kesukaran institusi kewangan memberikan pinjaman kepada pembeli-pembeli. RMM mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah rumah yang bernilai tiga (3) kali ganda atau kurang berbanding jumlah pendapatan tahunan rakyat biasa. Sekarang ini, RMM Malaysia sepatutnya dinilai sekitar RM165,000 seunit berdasarkan pendapatan perkapita tahun 2014.

member login