Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

DHPP sokong titah Sultan Perak

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR: Menguasai Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini dalam masa yang sama memperkukuhkan bahasa ibunda adalah perkara yang harus dikuatkuasakan di setiap sekolah-sekolah vernakular di negara ini bagi memastikan perpaduan kaum di negara ini terpelihara.

Menyokong titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandran G Krishnan berkata sebagai rakyat negara ini semua kaum harus menghayati dan menguasai bahasa Malaysia.

"Semua kaum juga masih boleh menghayati bahasa ibunda mereka, tetapi kalau dia menguasai Bahasa Malaysia itu lebih baik namun dalam masa yang sama tidak boleh tinggalkan bahasa ibunda mereka.

member login