Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Hubungan kerajaan negeri - KAFA makin positif

Nasional
Typography

KERJASAMA antara Persatuan Bola Sepak Negeri Kelantan (KAFA) dengan kerajaan negeri  dilihat semakin positif selepas berlangsungnya pertemuan antara kedua-dua pihak baru-baru ini.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengaktifkan semula jawatankuasa bersama bagi mengambalikan semula kegemilangan skuad bola sepak Kelantan atau The Red Warrior (TRW) selain melantik Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Fattah sebagai pengerusi.

Dalam perkembangan itu, Abdul Fattah selepas pertemuan yang turut dihadiri Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan, Ustaz Ahmad Yakob berkata, pihaknya bersedia untuk meneliti keperluan badan induk tersebut.

member login