Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Bahasa Malaysia wajib di sekolah Vernakular

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR: Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen) berpendapat keseimbangan dalam memberikan hak kepada Bahasa Malaysia di sekolah-sekolah vernakular akan mencetuskan integrasi antara kaum apabila pelajar sekolah vernakular telah tamat pengajian di sekolah.

Menurut Ketua Eksekutif Makpen, Zai Mustafa berkata bagi merealisasikan titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang mahukan sekolah vernakular wajibkan pelajarnya menguasai Bahasa Malaysia beberapa matapelajaran di sekolah tersebut perlu juga diajar dalam Bahasa Malaysia.

"Kita cadangkan supaya matapelajaran tertentu seperti Matematik dan Sains diajar dalam bahasa ibunda mereka, untuk mereka cepat menguasai subjek tersebut tetapi beberapa subjek lain seperti Sejarah, Geografi, Pendidikan Seni, Sivik dan sebagainya diajar dalam Bahasa Kebangsaan.

member login