Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Mahathir patut bela rakyat ketika berkuasa

Nasional
Typography

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed sepatutnya berjuang untuk rakyat semasa beliau berkuasa dahulu, kata Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, di zaman pemerintahan beliau selama 25 tahun, pelbagai kes dan salahguna kuasa berlaku.

"Sepatutnya beliau tidak hanya mendesak di waktu ini kerana segala kelemahan, penyelewengan, salah guna kuasa  berlaku di era beliau lagi. Jika kita lihat pelbagai isu yang melibatkan rasuah, seperti Perwaja, Forex dan sebagainya berlaku di era pemerintahannya," katanya.

Menurut beliau, PAS akan terus menentang segala kesalahan yang berlaku di negara ini sama ada di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak atau Mahathir sebelum ini.

member login