Sidebar

OSM_NO_ACTIVE_SUBSCRIPTIONS

Memahami salur galur sejarah Yahudi-Zionis

Nasional
Typography

KONFLIK yang berlaku di Palestin antara Arab dan Israel telah berlarutan sejak sekian lama. Jika dihitung dari tarikh rasmi penubuhan Negara Israel pada 15 Mei 1948, kita akan dapati bahawa konflik ini telah berlarutan lebih enam dekad. Manakala jika ditinjau dari sejarah Palestin moden, ia telah jatuh ke tangan British pada tahun 1917.

Hal ini berlaku ketika pentadbiran Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dikalahkan oleh tentera British di bawah pimpinan Jeneral Allenby. Kira-kira tiga tahun selepas itu, League of Nations – Liga Bangsa-bangsa (sebelum ditukar menjadi United Nations – Bangsa-bangsa Bersatu, telah memberi mandat kepada pihak British untuk mentadbir Palestin.

member login