KEBELAKANGAN ini, timbul isu hangat berkenaan gojek selepas cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq untuk memperkenalkannya di Malaysia.

Sebelum pergi lebih lanjut, kita telusuri dulu apa sebenarnya gojek ini. Gojek merupakan aplikasi yang menawarkan servis seperti pengangkutan, penghantaran makanan, kurier, pembelian barang, pembayaran atas talian dan banyak lagi yang ditawarkan.

Negara asal gojek iaitu Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang anak muda bernama Nadiem Makarim berumur 35 tahun. Syarikatnya ditubuhkan pada 2010. Nadiem Makarim mendapat ilham apabila beliau selalu menggunakan servis teksi motosikal yang dikenali di Indonesia iaitu ojek. Beliau melihat ia adalah peluang besar bagi bisnes pengangkutan e-hailing dan dari idea tertubuhnya gojek.

Go-Jek yang bermula dengan 20 orang rider Ojek bertahan dan akhirnya mendapat suntikan dana hingga USD1.3b. Nilaian syarikat gojek berada didalam anggaran USD10b mengikut pasaran semasa hari ini. Ini membuatkan gojek merupakan syarikat kedua e-hailing terbesar di belakang Grab di Asia Tenggara.

Mengapakah gojek mahu dibawa ke Malaysia?

Antara yang dinyatakan oleh menteri adalah bagi menambah pendapatan anak muda dan memberi peluang pekerjaan kepada "mat motor" di Malaysia. Selain itu, mengikut Menteri KPDNHEP, Saifudin Nasution, berdasarkan satu kajian melibatkan 80,000 pengguna e-dagang di rantau Asean mendapati Malaysia mempunyai masa penghantaran purata e-dagang yang terpanjang berbanding negara lain. Masa penghantaran purata e-dagang di Malaysia adalah 5.8 hari berbanding purata 3.8 hari di rantau Asean.

Tidak dinafikan goek adalah satu jenis perkhidmatan teksi motosikal yang murah daripada segi kos kepada pengguna dan cepat. Ia dapat mengharungi kesesakan di waktu puncak menuju destinasi dengan kadar waktu yang lebih pantas tanpa perlu tersangkut di dalam kesesakan di jalan raya.

Menambah peluang pekerjaan anak muda

Tidak dinafikan jika gojek dibenarkan beroperasi ia bakal memberi peluang pekerjaan dan menambah pendapatan bagi golongan muda. Cuma jika kita lihat daripada sudut pandang yang berbeza, adakah anak muda kita hanya perlu menjadi "follower" bukannya "trendsetter". Bidang pertanian, perniagaan, perikanan, perladangan, perkilangan, perusahaan pembuatan. Banyak lagi yang terlalu jauh untuk anak muda kita perlu fokuskan. Kebergantungan kepada pekerjaan alaf baru e-dagang ini memberi kesan negatif bagi jangka masa panjang. Merencatkan kreativiti anak muda di Malaysia khususnya bangsa Melayu dan Bumiputera.

Adakah daripada sudut keselamatan pengangkutan teksi motosikal ini selamat?

Kadar kemalangan motosikal di Malaysia merupakan paling tinggi dengan kadar maut yang cukup menggerunkan. Faktor ini menyebabkan gojek bukanlah pilihan yang ideal jika anda seorang yang mementingkan aspek keselamatan.

Persaingan sihat?

Pengusaha dan pemandu teksi, masih lagi didalam dilema dan terkesan bila kerajaan membenarkan e-hailing seperti Uber dan Grab dibenarkan beroperasi. Walaupun Uber sudah tiada, kewujudan Grab dan syarikat e-hailing lain turut menyumbang kejatuhan industri teksi di negara kita. Grab merupakan abang besar di dalam industri e-hailing, apabila ia dicabar oleh pesaing yang punyai kekuatan yang sama. Ia bakal menguntungkan pengguna secara amnya melalui perang harga.

Dego Ride adalah sistem aplikasi yang sama tujuannya seperti gojek. Ia diasaskan oleh anak tempatan Nabil Faisal Bamadhaj. Bermula 2016 kemudian dihentikan operasinya pada 2017 oleh Kementerian Pengangkutan atas faktor keselamatan penumpang. Kini syarikat ini boleh menarik nafas lega jika kebenaran diberikan semula.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, perkhidmatan gojek ini tidak islamik di mana jika penunggang dan pemboncengnya bukan mahram, ia boleh menimbulkan fitnah. Bagaimana jika isteri atau adik perempuan anda yang menggunakan perkhidmatan gojek ini? Adakah ia sesuai atau anda berasa selamat?

Sudut perundangan

Kerajaan perlu memperhalusi setiap aspek pelaksanaan undang-undang bagi mengelakkan polemik yang tidak berkesudahan sebelum ia dilaksanakan. Kita tidak mahu pisang berbuah 3 kali. Lihat kepada kes e-hailing seperti Uber dan Grab untuk dijadikan pengajaran.

Sistem pengangkutan awam di Malaysia masih lagi perlu diperbaiki dan dipertingkatkan. Kerajaan perlu serius menangani isu ini secara tuntas dengan penyelesaian jangka masa panjang. Jangan hanya kerana mahu menambah pelaburan asing di dalam negara kebajikan rakyat terbanyak diabaikan. Bak kata pepatah, ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Inikah janji 1 juta peluang pekerjaan oleh kerajaan hari ini? -HARAKAHDAILY 24/8/2019

Penulis ialah Pengerusi Lajnah Kepenggunaan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

KUANTAN: Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS) perlu dibudayakan secara berterusan dan konsisten, bukan hanya sekadar menjadi slogan yang dilaungkan, ditulis dan hanya terhad kepada ahli politik, kata Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, BPMS perlu turut dijadikan budaya masyarakat awam samada peringkat nasional mahupun antarabangsa dan perlu diterajui oleh pimpinan PAS di dalam setiap ucapan, tulisan dan tindakan.

"Dalam menonjolkan imej PAS sebagai sebuah parti yang inklusif, sifat keterbukaan perlu ada pada setiap pimpinan dan ahli, keterbukaan yang dimaksudkan di sini ialah kemampuan untuk berada di tengah kepelbagaian pemikiran di luar lingkungan kita, supaya kita tidak menjadi jaguh kampung di gelanggang sendiri, tetapi mampu menjadi duta untuk menyampaikan mesej Islam kepada segenap lapisan masyarakat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar bersempena Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang berlangsung di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa), di sini, hari ini.

Tambah beliau, usaha membudayakan BPMS seiring dengan usaha merubah paradigma pemikiran yang menjadi tunjang dalam agenda Pemerkasaan Parti dan Transformasi Imej (PPTI).

Mengulas lanjut, katanya perubahan paradigma pemikiran yang dimaksudkan ialah perubahan daripada pemikiran yang berdiri di atas kerangka politik konvensional kepada kerangka politik Islam sepenuhnya yang mampu melakukan islah dan tajdid.

Justeru itu, beliau menyeru pimpinan-pimpinan PAS serta pengikutnya berusaha menjadi contoh terbaik dalam segenap lapangan dan masyarakat serta menjadikan akhlak Islam sebagai amalan selain berhimah dalam setiap tindak-tanduk.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berpandangan bahawa masyarakat mengiktiraf khidmat bakti Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang menurut beliau meruakan sesuatu yang harus dibanggakan serta dicontohi.

"Difahamkan, terdapat beberapa agensi kerajaan di dalam bidang menyelamat turut memberikan penghargaan dan mengiktiraf khidmat JAM ini.

“Tahniah dan syabas diucapkan! Usaha ini perlu diteruskan dan diperluaskan di dalam semua peringkat parti," ujarnya. – HARAKAHDAILY 21/6/2019

KOTA BHARU: PAS tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyerang parti itu dengan fitnah.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, fitnah dalam politik merupakan perkara biasa.

“Sekiranya kita masih boleh pertimbangkan, kita akan jawab cara politik, tidak semestinya mengambil tindakan undang-undang.

“Bagaimanapun jika fitnah yang teruk, kita mungkin akan pertimbangkan tindakan berkenaan namun setakat ini belum ada lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian di Balai Besar semalam.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, beliau yakin mampu memperolehi banyak kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sekiranya parti itu terus bekerjasama dengan Umno. - HARAKAHDAILY 5/3/2019

SELEPAS pilihan raya umum ke14 bayaran hasil jualan kelapa sawit mentah masih lagi berlaku kelewatan sehingga menjejaskan kehidupan para peneroka untuk meneruskan kehidupan. PAS mencadangkan kepada kementerian supaya meletakkan garis pendapatan peneroka yang dibawah RM1,000 tidak akan dipotong hasilnya bagi menampung kos sara hidup mereka.

Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2391 di pasaran sekarang!.

2391 1 2391 2 2391 3 2391 4

Sukar dapatkan Harakah? Hubungi:

  • Mohamad Fauzi (012-686 9236)
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Pejabat (03-4021 3343)
  • Zulkafri  Osman (016-3764420)

Dapatkan maklumat PAS daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi.

JABATAN PEMASARAN HARAKAH

UCAPAN Dasar Presiden PAS sempena Muktamar Ke 64 di Kuala Terengganu 15 September lalu menekankan 10 arahan kepada seluruh ahli dan pendokong perjuangan. Kata Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS menggalas perjuangan Islam yang besar dan luas, menghadapi kumpulan lain di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam. Semua umat manusia dalam masyarakat majmuk adalah saudara yang wajib diselamatkan bersama Islam.

Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2381 di pasaran sekarang!.

2381 1 2381 2 2381 3 2381 4

Sukar dapatkan Harakah? Hubungi:

  • Mohamad Fauzi (012-686 9236)
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Pejabat (03-4021 3343)
  • Zulkafri  Osman (016-3764420)

Dapatkan maklumat PAS daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi.

JABATAN PEMASARAN HARAKAH

KOTA BHARU: Pada 21 Jun 2012 Petronas dilapor akan melabur sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh lima tahun.

Pelaburan itu membabitkan pengeluaran rizab gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan Kelantan iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B.

Laporan itu juga menjelaskan saluran paip sejauh 300 km dari blok gas dalam perairan Kelantan disambung ke Kerteh, Terengganu dan Pekan, Pajang.

Presiden Pertubuhan R Kelantan, Nazri Deraman berkata, persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat mengapa gas di perairan Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh dan Pekan.

“Kami menuntut perjelasan daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Petronas berkenaan laporan yang dikeluarkan lebih enam tahun tersebut,” katanya di sini.

Sedangkan kata beliau jarak Blok PM301 dengan Pantai Senok, Bachok hanya 140 km sahaja berbanding 300 km ke Kerteh.

Menurutnya pendaratan gas di Pantai Seok tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi kepada pertumbuhan ekonomi Kelantan.  – HARAKAHDAILY 9/8/2018

PANDAN: Persaingan sengit antara PAS, BN dan PKR berlaku di Parlimen Pandan dan dua Dewan Negeri Selangor (DNS) di situ.

Proses penamaan calon tamat jam 11 pagi apabila Pegawai Pengurus Pilihan raya, Hasnizun Shari mengumumkan semua calon diterima untuk bertanding.

Lima calon bertanding untuk Parlimen Pandan ialah Ustaz Mohd Shukri Omar (PAS); Dato’ Liong (BN); Jenice Lee (PRM), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) dan Khairul Azam Abdul Azmi (Bebas).

Calon PAS, Mohd Imran Wahab mendapat saingan di DNS Teratai dengan Dato Ban Lee (BN), Bryan Lay (PKR) dan Jenice Lee (PRM).

Di DNS Teratai, Dato’ Iskandar Abdul Samad bertembung dengan calon PKR, Izham Hashim dan Dato' Hanif Koslan (BN).

Sebelum perarakan tadi, para penyokong mula membanjiri padang Taman Kencana jam 7 pagi. Mereka menunaikan solat di Surau Taman Kenchana . Ketibaan calon Dun Pandan Indah, Dato' Iskandar Abdul Samad; Dun Teratai, Mohd Irman dan Mohd Shukri disambut dengan laungan takbir.

Lebih 500 ahli penyokong PAS mengiring tiga calon PAS ke dewan penamaan calon di Taman Kenchana, Pandan Indah sejauh 300 meter. Perarakan bersama tiga calon PAS bergerak jam 8.30 pagi.

Perarakan dimulakan dengan doa dan sepanjang perarakan penyokong mengalunkan selawat ke atas Nabi SAW.

Semakan borang dilakukan setiap calon selepas pegawai pengurus, Hassunizam Shari mengumumkan tempoh penyerahan borang calon pada pukul 10 pagi.

Semua calon yang bertanding diterima dan tiada borang penolakan. Pegawai pengurus mengumumkan perkara tersebut tepat jam 11 pagi. – HARAKAHDAILY 28/4/2018

KUALA LUMPUR: Calon PAS, Dr Rosni Adam telah disahkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen P.124 Bandar Tun Razak dalam Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses penamaan calon Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) tersebut telah berlansung di Institusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dengan itu, Dr Rosni akan menentang calon PKR Dato’ Kamarudin Jaffar dan calon BN, Adnan Abu Seman.

Dr Rosni diiringi pimpinan Bandar Tun Razak masuk ke dewan penamaan calon pagi tadi.

Usai diumumkan sah menerima pencalonan, Dr Rosni menemui penyokong di luar dewan. – HARAKAHDAILY 28/4/2018

PERKATAAN kitar semula disebut dalam masyarakat umum kepada barangan yang dibuang, seperti tayar terpakai, botol, kampit yang dicampak dan sebagainya untuk diguna pakai semula, tidak sepatutnya digunakan kepada makhluk manusia yang mulia kejadiannya. 
 
Adapun manusia yang berakal disebut penerusan amal yang soleh. Kalau bersalah disebut bertaubat dan ditebuskan dosanya dengan melakukan islah (perubahan) melalui amalan yang baik dan membayar kesalahannya dengan bersopan tanpa merosakkan pula.
 
Peranan manusia tidak boleh disamakan seperti menukar enjin, tayar kereta dan sebagainya dengan menggunakan barang yang baru atau dikitar semula. Perbezaannya manusia itu akan dihisab amalannya di dunia selepas meninggal dunia dan masuk ke alam akhirat, berbeza dengan barangan yang akhirnya hancur dibakar menjadi abu atau menjadi tanah. 
 
Islam menunjukkan teladan para Sahabat R.A yang dipecat oleh Rasulullah S.A.W seperti Saad bin Ubadah R.A ketika melanggar disiplin dalam Peristiwa Fathu Makkah yang dicatat sejarahnya, Khalid bin Al-Walid R.A yang diturunkan kedudukannya oleh Khalifah Umar R.A dengan digantikan orang yang lebih layak, namun mereka terus beramal menjadi petugas biasa dengan ikhlas menuntut keredaan Allah.  
 
Kalangan yang dihukum kerana kesalahannya pula menebus dosa dengan berjuang lebih gigih dan ikhlas sehingga mengorbankan diri laksana lilin yang sanggup membakar diri ditempatnya tanpa menganggu orang lain. 
 
Allah berfirman terhadap ulama ahli kitab yang berdosa menyembunyikan kebenaran, kemudiannya sedar dan insaf:
 
إِلَّا ٱلَّذِينَ تَابُواْ وَأَصۡلَحُواْ وَبَيَّنُواْ فَأُوْلَٰٓئِكَ أَتُوبُ عَلَيۡهِمۡ وَأَنَا ٱلتَّوَّابُ ٱلرَّحِيمُ
١٦٠  البقرة
 
“Kecuali mereka yang telah bertaubat dan mengadakan islah (perbaikan) dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itu, Aku (Allah) menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”
(Surah Al-Baqarah: 160)
 
Ayat ini menceritakan penjelasan mereka terhadap kesalahan dan melakukan islah kerana berdosa terhadap rakyat umum yang ditipu, dibeli atau dibuli.
 
Selanjutnya Allah berfirman menyatakan sifat orang yang bertaqwa kalau melakukan dosa:
 
وَٱلَّذِينَ إِذَا فَعَلُواْ فَٰحِشَةً أَوۡ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ ذَكَرُواْ ٱللَّهَ فَٱسۡتَغۡفَرُواْ لِذُنُوبِهِمۡ وَمَن يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ إِلَّا ٱللَّهُ وَلَمۡ يُصِرُّواْ عَلَىٰ مَا فَعَلُواْ وَهُمۡ يَعۡلَمُونَ ١٣٥ أُوْلَٰٓئِكَ جَزَآؤُهُم مَّغۡفِرَةٞ مِّن رَّبِّهِمۡ وَجَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَاۚ وَنِعۡمَ أَجۡرُ ٱلۡعَٰمِلِينَ١٣٦
آل عمران
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135) Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal." (136) 
(Surah Ali-Imran: 135-136)
 
Firman Allah:
 
وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَيِ ٱلنَّهَارِ وَزُلَفٗا مِّنَ ٱلَّيۡلِۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّ‍َٔاتِۚ ذَٰلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٰكِرِينَ ١١٤ هود
“Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.”
(Surah Hud: 114)
 
Sabda Rasulullah S.A.W.
 
اتق الله حيثما كنت، وأتبع السيئة الحسنة تمحها، وخالق الناس بخلق حسن "رواه الترمذي وقال حديث حسن 
 
“Bertaqwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan itu dengan kebaikan nescaya menghapuskan dosanya, dan berakhlak terhadap manusia”
(Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan)
 
Rasulullah S.A.W telah menjelaskan pula pendekatan islah itu tanpa merosakkan umat seluruhnya, bahkan menyelamatkan dengan sabdanya:
 
مثل القائم في حدود الله والواقع فيها كمثل قوم استهموا علي ىسفينة فصار بعضهم أعلاها وبعضهم أسفلها، فكان الذين في أسفلها إذااستقوا من الماء مروا على من فوقهم، فقالوا: لو أنا خرقنا فينصيبنا خرقا ولم نؤذ من فوقنا. فإن تركوهم وما أرادوا هلكوا جميعا، وإن أخذوا على أيديهم نجوا ونجوا جميعا " رواه البخاري  " رياض الصالحين لأبي زكريا الدمشقي .
 
“Bandingan kalangan yang menegakkan sempadan Allah (mencegah kemungkaran) dan kalangan yang melakukan kemungkaran laksana mereka diundi kedudukannya di atas sebuah bahtera (kapal). Ada yang dipilih berada di atas dan ada yang diletakkan di bawah. Apabila kalangan yang berada di bawah memerlukan air, melalui kalangan yang berada di atas. Lalu mereka berkata: Ambilah jalan mudah, kalau ditebuk sahaja kapal ini, tidak bersusah payah terhadap kalangan yang berada di atas. Kalaulah dibiarkan mereka melakukan kemahuannya nescaya semuanya binasa tenggelam. Kalaulah dicegahnya bertindak begitu selamatlah semuanya”.
(Riwayat Bukhari) 
 
Islam menunjukkan pendekatan menyelamatkan manusia bersama Islam seberapa ramai yang mungkin, bukannya menghapuskan. Pendekatan perubahan daripada kesalahan kepada pembetulan, ditukar yang jahat kepada yang baik, bukannya ditukar kepada yang jahat juga dan lebih parah sekiranya keadaan menjadi lebih buruk dan penyakitnya bertambah parah. 
 
Orang yang berlumuran dengan kotoran dimandikan dan dipakaikan pakaian baru atau pakaian yang dibersihkan. Kalau pakaiannya kotor, dibasuhkan. Tiada makna juga kalau hanya menukar baju baru atau baju yang dibersihkan, tetapi dipakaikan kepada jasad yang tidak mahu mandi. Adapun bertaubat itu lebih mudah, pintunya sangat luas, masanya juga panjang selagi matahari belum muncul dari arah barat. Jangan tenggelam dalam angan-angan kosong.
 
“Sejahtera Bersama Islam”
 
ABDUL HADI AWANG  
Presiden PAS
 
Bertarikh: 25 Rabiul Akhir 1439 | 13 Januari 2018 - HARAKAHDAILY 13/1/2018

PEMBAHAGIAN kerusi Parlimen Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 memperlihatkan dominasi kelompok elit politik licik dan cerdik yang pantas mengambil peluang menguasai PH. Dalam hal ini, yang paling banyak mendapat laba dan keuntungan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan masing-masing mendapat kerusi paling banyak. PPBM dijangka bertanding 52 buah kerusi manakala PKR mendapat 51 buah kerusi. DAP pula mendapat bahagiannya dengan 35 kerusi sementara Parti Amanah Negara (PAN) pula hanya mendapat 27 buah kerusi.
 
Lebih menakjubkan, PPBM mendapat bakal calon Perdana Menteri (PM) dengan Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon PM jika mereka menang sementara Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dari PKR akan menjadi Timbalan Perdana Menteri. Agak melucukan dan begitu menghairankan, parti serpihan yang dibentuk belum sampai dua tahun boleh mendapat tempat sebegitu tinggi sedangkan parti yang lebih kurang sebaya, PAN hanya mendapat 27 buah kerusi Parlimen dan tidak dijanjikan apa-apa kedudukan tertinggi.
 
Bagi PH, inilah muafakat terbaik dengan dominasi daripada dua bekas parti serpihan Umno ini. Muafakat bagi mereka, jika mereka mendapat tempat tertinggi dan kedudukan kepimpinan tertinggi. Dinamakan muafakat jika yang berhak mendapat kata putus, kuasa veto dan hierarki tertinggi adalah pemimpin elit kelompok mereka. Tidak menjadi muafakat, jika calon PM dan TPM diambil dari kalangan pemimpin muda yang bukan dari kelompok mereka manakala kerusi yang mereka dapat diagih secara adil dan saksama. Barulah ini semangat muafakat dan setiakawan, kerana orang lain akan setia dalam persahabatan dengan mereka, sedangkan mereka tidak pernah setia dalam berkawan.
 
Benarlah kata orang, politik bukan soal kejujuran dan ketulusan. Politik adalah sejauh mana golongan yang bijak mengambil kesempatan dengan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Konsensus yang mereka tunjangi tersingkap hanya retorik demi meraih sokongan rakyat terbanyak. Ia hanyalah slogan kosong kerana perjuangan hanya berteras nafsu untuk kepentingan peribadi. Awal-awal lagi konsensus yang diperlihatkan hanya menguntungan satu dua orang tertentu dan kelompok tertentu. Hasilnya satu dua hari ini, muncul rasa tidak puas hati di mana-mana yang boleh melahirkan sabotaj dan pengkhianatan. Konsensus mereka umpama sarang labah-labah, sangat rapuh dan hanya bertahan menunggu masa untuk roboh. 
 
PAS pernah berhadapan dengan suasana sebegitu dan dibuli dengan sedemikian rupa oleh Pakatan Rakyat. Atas jentera PAS, dana dan sokongan, pengaruh, pentas dan strategi PAS mereka bertanding dan menang tetapi diakhirnya PAS juga yang tersingkir dan dipinggirkan. PAS yang perlu beralah ke tepi, sedangkan mereka duduk ditengah-tengah, dijulang dan diangkat sebagai pemimpin besar. PAS umpama anak tiri yang dibuli dan didera, sedangkan mereka yang menumpang kerusi dan rumah yang dibina atas inisiatif PAS.
 
Hari ini, parti serpihan PAS yang ditubuhkan atas kekecewaan, PAN merasai apa yang pernah kami lalui dahulu. Tetapi, mereka lupa dan tidak pernah serik ditipu, ditindas dan dijanjikan dengan pelbagai kata-kata manis yang indah di halwa telinga. Mereka seperti terpukau dengan janji setinggi langit dengan pelbagai jawatan penting dan menarik, tetapi yang akhirnya semua kedudukan itu golongan tertentu pula yang boloti. Sejarah bakal mengulangi episod ini, kerana golongan yang dahagakan kuasa dan tamakkan pangkat akan mencetak judul dan kisah yang sama dalam landskap politik negara.
 
Kini hikmahnya PAS keluar dari Pakatan Rakyat semakin terserlah. PAS semakin mantap bersama Gagasan Sejahtera yang lebih mapan, berprinsip dan diterima rakyat. Langkah PAS juga semakin gagah dengan sokongan golongan sivil, NGO dan masyarakat terbanyak. Suara PAS ada di mana-mana, dari mimbar masjid, corong radio, suara hak asasi, nilai kemasyarakatan, perjuangan membela kemanusiaan dan lain-lain yang diwakili oleh rakyat yang dambakan kebenaran dan ketulusan. 
 
DR RIDUAN MOHAMAD NOR
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat - HARAKAHDAILY 9/1/2018

BADAN Perhubungan PAS Melaka mengharapkan kadar GST akan diturunkan kepada 3 peratus pada pembentangan Bajet 2018 bagi mengurangkan bebanan rakyat.

UKamaruddinMenurut Pesuruhjayanya, Ustaz Kamarudin Sidek bahawa rakyat begitu mengharapkan agar keraajaan menurunkan kadar GST kepada 3 peratus kerana ianya cukup membebankan rakyat.

"Biarpun saya tidak nampak kerajaan mahu memansuhkan GST itu tetapi sekurang-kurangnya kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar tersebut.

"Kerajaan sedia maklum, sejak pelaksanaan GST dua tahun lalu, ianya hanya memberi kesan kenaikan harga barangan yang sekaligus menambah bebanan rakyat.

"Ia belum termasuk kadar kenaikan minyak yang saban minggu semakin meningkat, walaupun harga minyak negara lain meningkat tapi ia dibantu dengan subsidi sekaligus mengimbangi kenaikan tersebut," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan mengkaji semula polisi pemilikan rumah untuk rakyat kerana harga yang terlalu tinggi menyebabkan rakyat tidak mampu membelinya.

"Meskipun hari ini kerajaan memperkenalkan rumah mampu, PRIMA yang harganya bawah RM150,000 namun kadar tersebut masih tinggi dan tidak mampu dibeli rakyat termasuk yang berpendaapatan RM3,000.

"Syarat yang dikenakan bank-bank untuk memberi pinjaman perumahan juga amatlah ketat sehingga ramai di kalangan rakyat yang tidak berkelayakan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 27/10/2017

SEMUA petugas dan jentera pilihan raya seluruh Kedah termasuk dewan ulama, pemuda dan muslimat dijangka akan berkampung di Kompleks PAS Kedah pada 28 Oktober ini untuk menjayakan Program Himpunan 12K Jentera Pilihan Raya PAS Kedah.

Program yang akan dimulakan pada pukul 6 petang itu akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, diikuti solat hajat dan munajat perdana yang akan dikendalikan oleh Dewan Ulama PAS Kedah.

Sebelum itu seawal 6.00 petang, konvoi motosikal di bawah selian Dewan Pemuda PAS Kedah akan tiba di perkarangan kompleks berkenaan untuk memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Acara kemuncak pada malam itu akan menyaksikan bacaan ikrar yang akan diketuai oleh Pengarah Pilihanraya PAS Kedah, Ustaz Azizan Hamzah manakala tetamu kehormat pada malam itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man akan dibawa untuk pemeriksaan pembarisan Kontijen 36 MTD seluruh Kedah.

Seperkara yang istimewa pada malam berkenaan iaitu akan diadakan cabutan bertuah iaitu hadiah utamanya merupakan pakej umrah tajaan Zuhud Holiday Sdn Bhd, 10 baucer Umrah bernilai RM500, kepingan emas tajaan GSG Gold, 5 hand free car kit dari Hijau.FM serta hadiah-hadiah bernilai yang lain.

Antara yang akan berucap pada malam bersejarah itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan dan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Sementara itu Gimik Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kedah dijangka akan disempurnakan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. – HARAKAHDAILY 26/10/2017