Fitnah Syiah atas Ketua Menteri Melaka

Kolumnis
Typography

KETUA Menteri Pakatan Harapan yang baru memulakan tugas telah dilanda fitnah. Dia dikatakan Syiah. Dinafinya dan jabatan Mufti Melaka membersihkannya, dia tidak Syiah bahkan dikatakan penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Bagaimana fitnah itu boleh melandanya?

Sebaik dia diumumkan jadi Ketua Menteri Melaka fitnah pertama yang saya dengar mengenainya, dia dikatakan Syiah. Kemdian barulah dia ditularkan.

Bagi Pakatan Harapan yang Mukhriz Mahathir adalah antara pemipin tertingginya, Timbalan Presiden Bersatu, Syiah itu adalah antara sasaran awalnya ketika mula memegang jawatan Menteri Besar Kedah Barisan Nasional dulu.

Gejala itu memang menular di Kedah. Apa dibuat Mukhriz tentangnya tidak diberitakan tetapi itulah dasarnya di Kedah, anti Syiah

Jika antara sikap Islam Mukhriz itu anti Syiah, maka tentulah dia tercabar jika ada antara pimpinan yang berkuasa dalam Harapan anasir Syiah. Tetapi tidak dipastikan Harapan sepakat menolak Syiah justeru belum sampai muafakatnya membincang isu itu.

Setakat tohmah kepada Ketua Menteri Melaka itu baru pada peringkat dikatakan. Mengikut kaedah pemberitaan media sesuatu yang tersiar disebut dikatakan ada berita yang belum dibuktikan. Seorang yang ditahan polis kerana mencuri sekalipun dia ditahan ketika sedang mencuri, tidak boleh diberitakan dia ditahan kerana mencuri. Yang boleh ditulis dia ditahan kerana dikatakan mencuri. Atau seorang yang didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki puluhan kotak beg tangan mahal, tidak boleh diberitakan dia didakwa kerana memiliki berkotak-kotak beg tangan. Yang boleh diberitakan dikatakan memiliki berkotak-kotak beg tangan.

Jika yang belum disahkan tidak disebutkan dikatakan, penyiar itu boleh didakwa. Jika disebutkan dikatakan, siaran itu selamat dari didakwa.

Sesiapa yang dikatakan Syiah belum sah Syah selagi tidak dibuktikan. Tetapi adalah susah memastikan dia tidak Syiah sekdar pengakuannya kerana pada Syiah ada apa yang dikatakan taqiyyah. Iaitu dibenarkan berdalih. Boleh bercakap tidak benar.

Justeru taqiyyah itu belum tentu yang disyaki Syiah tidak Syiah kerana pengakuannya tidak Syiah.

Semasa saya jadi Pesuruhjaya PAS Wilayah ia dikatakan jadi sarang Syiah. Saya diminta bertindak. Saya tidak benarkan dua orang dari memegang apa-apa jawatan tetapi tidak pecat dari parti. Ada yang menegur tindakan saya itu, tetapi dua individu itu puji saya kerana saya mengiktirafnya Syiah. Hubungan saya dengan mereka baik dan mereka kadang-kadang singgah rumah saya.

Jika ia tiada ramai tiada masalah. Untuk jadi penyokong akar umbi biarkanlah, pastikan tidak menyebarkan kepada orang lain. Tetapi untuk menjadi orang besar seperti Ketua Menteri memang boleh mendatangkan fitnah. Ia boleh menyalurkan bantuan dan mengembangkan ajarannya.

Dalam mana-mana masyarakat yang ramai Syiah, ia akan bertempur dengan bukan Siah. India dan Paksitan banyak masalah ini. Yang berperang di Syria lebih lima tahun sekarang adalah atas Syiah-Sunni. Berperang di Yaman sekarang antara Syiah dan Wahabi Saudi adalah ancaman Syiah untuk menguasai Yaman.

Sama ada Ketua Menteri Melaka itu Syiah atau Sunni ia sudah menimbulkan fitnah. Apakah umat di Melaka akan tenang dengan fitnah yang melanda itu. Jika Ketua Menteri itu benar-benar Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka mesti buktikan bagaimana Melaka boleh menyekat Syiah? - HARAKAHDAILY 28/5/2018