SEBAGAIMANA negara yang zalim akan berakhir dengan keruntuhan, begitulah juga ia boleh berlaku ke atas negara yang adil. Tetapi ia berlaku dengan faktor yang berbeza.

Jika negara yang zalim, keruntuhannya adalah disebabkan oleh kezaliman demi kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah di dalam negara mereka, bagi negara yang adil pula, keruntuhannya boleh berlaku jika rakyat tidak lagi mensyukuri nikmat Allah tersebut.

Negara yang adil adalah nikmat kehidupan. Kesejahteraan hidup rakyat adalah melalui pakatan bersama antara pemerintah dan rakyat. Penguasa akan sentiasa bertanggungjawab terhadap Allah dan amanah yang ditaklifkan, menjaga kepentingan dan maslahat rakyat, lalu rakyat memperteguhkannya melalui sokongan mereka.

Tetapi ada kalanya rakyat mula membelakangi pemerintah dan mula mendengar hasutan daripada kalangan mereka sendiri yang menyebarkan pembohongan dan fitnah ke atas pemerintah. Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.

Maka terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah. Negara yang baik akhirnya runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta. Negara ini akan sentiasa di ambang bahaya akibat asas binaannya yang rapuh. Pemerintahnya akan terus menjadikan fitnah sebagai senjatanya mempertahankan kesalahan mereka. Akhirnya ketidakamanan menggantikan keamanan sedia ada.

Rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki yang haram (سماعون للكذب اكالون للسحت) adalah satu kemalangan untuk negara. Ia lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri. Ia berulang-ulang di dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.

Justeru rakyat sayugialah sentiasa menjunjung kebenaran dan mempertahankannya, sensitif terhadap api fitnah dan bersegera memadamkannya, sentiasa mendengar peringatan daripada al-Quran dan para ulamak serta menasihati dan mendukung pemerintah yang adil.

Kenalilah pemerintah dengan mengenali dan membezakan kebenaran daripada kebatilan. Tiada mungkin kebenaran yang dicampur baur dengan fitnah akan mencetuskan kesejahteraan dan keadilan dalam kehidupan.

"Dan janganlah kamu campur-baurkan kebenaran dengan kebatilan dan kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya." - al ayat

MUTAKHIR ini, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Dato Mahfuz Omar, semakin galak menjadi jurucakap PAN dan DAP dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan PAS. Beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berselindung di bawah nada 'masih sayang kepada PAS' sedangkan tindakannya jelas untuk menyerang PAS. Dengan serangan-serangan tersebut, beliau sebagai MP PAS diyakini tidak lagi akan membawa mesej parti.

PPP juga mendapat maklumat beliau tidak lagi menghadiri program-program penerangan dan penjelasan tentang halatuju dan pendirian parti, sebaliknya terus menerus mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan. Isu-isu yang dibangkitkan olehnya sebenarnya telahpun dijawab di dalam program-program yang dianjurkan oleh parti. Sikap yang ditunjukkan oleh MP Pokok Sena kelihatan sengaja dilakukan untuk menunjukkan hanya pandangan beliau yang tepat berhubung dengan senario terkini politik.

Sehubungan dengan itu, saya selaku Pengarah PPP mencabar beliau berdebat tentang isu-isu yang berkaitan halatuju dan pendirian PAS hari ini, untuk memberi ruang kepada beliau berhujah bahawa keputusan pucuk pimpinan PAS adalah tersasar seperti yang beliau sering nyatakan. Disebabkan isu-isu berkaitan halatuju dan pendirian parti ini banyak berkaitan dengan hal ehwal dalaman parti, debat yang dianjurkan hanya terbuka kepada pimpinan dan ahli PAS. PPP sendiri bersedia menjadi penganjurnya.

Selain daripada PPP, saya juga mengalu-alukan sekiranya agensi parti yang lain khususnya yang berada di bawah Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah menganjurkan debat tersebut, sekiranya Dato Mahfuz lebih selesa dengannya. Debat tersebut diharapkan dapat menjernihkan kecelaruan Dato Mahfuz, jika benar beliau bertindak sebelum ini kerana sayangkan parti. PPP bersedia menjawab dakwaan-dakwaan beliau dalam debat tersebut, dan Dato Mahfuz sewajarnya tidak lagi celupar jika kesemua dakwaan beliau sudah terjawab.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah PPP
12 Julai 2017 / 18 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 12/7/2017

1. SABAN hari rakyat semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup. Pertambahan pendapatan yang sangat perlahan adalah tidak sepadan dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang terlalu ketara.

nasrudin2.    Kerajaan pula dilihat sudah selesa dengan pengiktirafan oleh Economist Intellegence Unit yang menyenaraikan Malaysia sebagai negara dengan kos sara hidup terendah dalam kalangan negara-negara Asean. Sedangkan, kaji selidik itu hanya membandingkan harga barangan dan perkhidmatan di 133 bandar raya di seluruh dunia.

3.    Dua (2) jawatankuasa:

(i) Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Kos Sara Hidup dan

(ii) Jawatankuasa Tertinggi Menangani Kos Sara Hidup

yang ditubuhkan oleh Kerajaan sebelum ini dalam tempoh 2014 hingga 2016 juga dilihat tidak mempunyai peranan yang jelas, perancangan yang strategik dan tindakan yang berkesan sehingga mengakibatkan isu kos sara hidup ini terus membelenggu rakyat di negara ini.

4.    Kerajaan menerusi jawatankuasa yang ditubuhkan ini sepatutnya memberikan penumpuan bagi menangani punca-punca ini. Antaranya ialah dengan :

(a)    Memansuhkan GST dan menggantikannya dengan cukai alternatif lain (seperti Cukai Simpanan Korporat dan Cukai Keuntungan Saham yang dicadangakan oleh PAS) jika negara masih memerlukan cukai.

(b)    Menilai tahap pematuhan syarikat dan perniagaan terhadap peraturan dan undang-undang sedia ada serta mengenakan tindakan kepada pihak yang melanggarinya.

(c)    Menangguhkan semua pelaksanaan rasionalisasi subsidi ke atas barangan utama (seperti bahan api, sumber tenaga dan makanan) sehingga keadaan ekonomi domestik kembali stabil dan rancak.

(d)    Menyelesaikan isu pengangguran dengan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian graduan negara ini dan mengurangkan pengambilan pekerja asing.

(e)    Menyediakan pelan alternatif bagi menggantikan struktur ekonomi yang terlalu bergantung kepada sektor gas dan petroleum; dan juga cukai serta saman.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
11 Julai 2017 / 17 Syawal 1438 - HARAKAHDAILY 11/7/2017

1. ISU cadangan untuk menetapkan sistem sekolah satu aliran menjadi topik perbincangan kalangan warga akademik dan pendidik kebelakangan ini. Ia menimbulkan polemik dan perbincangannya menjurus kepada persoalan impak positif dan negatif terhadap perkara tersebut.

URidhuanMN2. Sememangnya sekolah satu aliran memberi kesan yang baik kepada rakyat dan negara, sebagaimana matlamat utama penubuhannya, iaitu untuk mewujudkan perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni. Ia juga mampu membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Lantaran kerana dibimbangi akan wujud perbezaan serta masalah polarisasi kaum dan penguasaan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kerana setiap kaum mendapat pendidikan di sekolah berlainan.

3. Cadangan ini tidak pula menolak bahasa ibunda masing-masing kerana perbezaan budaya, adat, bahasa adalah dinamika yang diterima di negara ini. Ia tidak bertujuan menghapuskan bahasa-bahasa ibunda masing-masing, kerana ia boleh diterapkan dalam sistem persekolahan satu aliran yang akan dilaksanakan kelak.

4. Namun demikian, tidak wajar buat pihak yang menentang cadangan sekolah satu aliran ini sehingga membabitkan cadangan untuk menghapuskan sekolah agama dan sekolah pondok. Pandangan Ketua Pegawai Eksekutif Institut untuk Demokrasi dan Hal-Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan yang disiarkan dalam media beberapa lalu berkaitan isu ini adalah pandangan ekstrem, melampau dan luar dari konteks.

5. Beliau cuba menyamakan sekolah pondok, sekolah agama, MRSM, sekolah berasrama, sekolah antarabangsa, sekolah mubaligh Kristian dan sekolah vernakular. Ternyata Wan Saiful tidak memahami isu di sebalik polemik yang berbangkit. Beliau gagal memahami aspirasi dan matlamat di sebalik cadangan mewujudkan sekolah satu aliran.

6. Dalam hal ini, sekolah agama, sekolah pondok, tahfiz, dan sekolah Arab di negara ini selari dengan semangat dan falsafah Perlembagaan Persekutuan. Sekolah-sekolah ini menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sebaliknya sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar. Beliau perlu memahami bahawa Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan dan Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan yang merupakan sendi dan kerangka Asas Perlembagaan Negara iaitu Fasal 153.

7. Jika sekolah agama dan sekolah pondok dihapuskan, maka tidak lagi wujud usaha untuk menghormati Perlembagaan Negara. Sistem pendidikan agama sudah dinafikan untuk diterapkan dalam sistem persekolahan yang menjurus kepada permasalahan yang lebih besar, iaitu penghinaan terhadap agama Islam sebagai agama rasmi negara malah menghina Raja-Raja Melayu sebagai penaung bagi hal ehwal agama Islam.

8. Cadangan sekolah satu aliran boleh dipersetujui kerana banyak keperluan dan faktor yang mendesak, dan boleh juga dibantah kerana beberapa faktor tertentu. Kita meraikan perbezaan pandangan, tetapi jangan menjadikan perbezaan ini sebagai platform untuk mewujudkan jurang yang lebih mendalam. Sepatutnya Wan Saiful fokus kepada isu yang dibangkitkan, dan tidak terbawa-bawa sehingga membantah suatu yang sudah dipersetujui bersama. Meraikan pandangan digalakkan, tetapi jangan mengheret sentimen yang lebih rumit untuk diselesaikan. ‘Sarang tebuan usah dijolok, kerana jika disengat memberi bisa yang sukar disembuh’.

DR RIDUAN MOHD NOR
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

UCAPAN TERIMA KASIH SEMPENA PROGRAM JAMUAN EIDUL FITRI PAS PUSAT DI NEGERI PAHANG

Puji dan syukur dipanjatkan ke hadhrat Ilahi di atas nikmat Iman dan Islam. Selawat dan salam juga ditujukan kepada junjungan Rasulullah saw, juga ke atas kaum keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang beriman dan beramal soleh di sepanjang zaman.

us rosliPAS Pahang telah diberikan amanah oleh PAS Pusat untuk menjadi tuan rumah bagi mengendalikan jamuan eidul fitri 1438H yang telah berlangsung semalam, bagi PAS Pahang keyakinan PAS Pusat terhadap PAS Negeri Pahang untuk menjadi tuan rumah adalah merupakan satu penghargaan yang begitu besar.

PAS Pahang mengucap jutaan terima kasih atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami, sekali gus ianya memberikan keyakinan kepada kami untuk bersedia menjadi penganjur program yang lebih besar, sehingga ke peringkat Asean atau dunia sekalipun, pengalaman menjadi tuan rumah eidul fitri begitu berharga bagi kami.

Dengan ini PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus untuk menjayakan program tersebut, seluruh AJK PAS Pusat, PAS Negeri-negeri, dewan-dewan, seluruh anggota BPPNP, tuan rumah iaitu PAS Kuala Krau dan Temerloh, PAS Kawasan-kawasan, DUPP, DPPP, DMPP, DHPP, JABATAN AMAL, PASTI, ARC, AMEERAH, para bentara, dan seluruh mereka yang terlibat, maaf jika terlepas pandang tidak disebutkan di sini.

PAS Pahang juga mengucapkan terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang tidak putus-putis sehingga berakhir program dengan jangkaan kehadiran lebih 10k, dari pelbagai bangsa dan agama yang datang dari segenap pelosok negara dan seluruh pelosok Negeri Tok Gajah. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dengan kehadiran pimpinan dari IKATAN, PPBM, PKR, UMNO dan pimpinan NGO-NGO untuk memeriahkan majlis kami.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, Insya Allah dengan suntikan semangat perjuangan yang ditiupkan melalui ibrah di sebalik Ramadhan yang penuh dengan peristiwa kemenangan ini, PAS Pahang akan mengorak langkah yang lebih luas dan gagah untuk berhadapan dengan fenomena politik Malaysia bagi merealisasikan tema perjuangan PAS Pahang iaitu "PAS TERAJU PAHANG".

YB USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
PESURUHJAYA PAS PAHANG
ADUN TANJUNG LUMPUR - HARAKAHDAILY 9/7/2017

1. PAS mengikut dengan serius isu Perlantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan baru-baru ini kerana Badan Perundangan adalah institusi yang amat penting dalam sesebuah negara bagi menjamin keadilan kepada setiap orang dapat dilaksanakan mengikut prinsip-prinsip undang-undang.

2. Setelah meneliti serta mendapat maklumat daripada pihak-pihak yang berotoriti, PAS berpandangan Seri paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-raja sudah semestinya telah mendapat nasihat perundangan yang sewajarnya, terutama dalam mentafsirkan Fasal (1A) Perkara 122 Perlembagaan Persekutuan, sebelum berkenan melantik Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin Sebagai Presiden Mahkamah Rayuan untuk tempoh tiga tahun lagi.

3. Walau bagaimana pun PAS merasakan amar wajar pihak berkenaan bertindak dengan lebih proaktif dengan memberikan maklumat terperinci mengenai perkara ini supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat serta mengelak kemungkinan berlakunya konflik perundangan berpanjangan yang merugikan negara dan rakyat.

4. Dalam masa yang sama, PAS turut menyokong cadangan Majlis Peguam Malaysia untuk memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan isu ini secara ilmiah di kalangan ahli-ahlinya seterusnya memberikan pandangan yang professional serta "without fear or favour".

DATO' TAKIYUDDIN HASSAN,
Setiausaha Agung PAS
Bertarikh: 09 Julai 2017 - HARAKAHDAILY 9/7/2017

PENGENALAN cuti bersalin (paternity leave) selama sebulan bergaji oleh CIMB kepada para suami yang menerima kelahiran pertama menjadi usaha menyumbang kepada kesejahteraan dan kualiti hidup. Ia langkah yang wajar dicontohi GLC dan syarikat swasta lain dalam mengukuhkan lagi institusi keluarga dalam negara.

khairilPemberian cuti sedemikian wajar agar suami sendiri dapat memberi tumpuan kepada isteri dan anak, selain mengurangkan ‘penswastaan’ penjagaan. Ia menjadi ‘pengalaman pertama’ terpenting sekali gus menjadi perspektif dan penanda aras hala tuju serta pembawaan kelangsungan keluarga bahagia yang menjadi fitrah manusia.

Apatah lagi dalam tempoh tersebut selalunya perlu menjalani beberapa disiplin dan rutin selain rujukan pemeriksaan perubatan berkaitan. Ia masa berkualiti yang sukar dibeli dan menjadi pengikat kasing sayang pasangan serta menceriakan keluarga. Kelak semua ini menumbuhkan masyarakat madani yang diimpikan.

Oleh itu, tujuan pembentukan keluarga yang antaranya menekankan kehadiran sakinah, mawaddah dan rahmah akan tercapai dari inisiatif, insentif dan keprihatinan seperti dilaksanakan CIMB. Lebih lagi di era ini yang mencatatkan statistik tinggi perceraian, kes seperti rempit, dadah, kelahiran luar nikah dan sebagainya.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Mara Menuju Cita”

KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
7 Julai 2017 | 13 Syawwal 1438 - HARAKAHDAILY 7/7/2017

1. ISU kelonggaran syarat lulus Bahasa Melayu bagi pegawai perubatan kontrak mendedahkan bagaimana longgarnya para pentadbir negara dalam menegaskan prinsip asas bernegara. Ia adalah siri kelonggaran jati diri sebagaimana berlaku sebelum ini isu pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

2. Kesatuan rakyat Malaysia mesti berpaksikan antaranya menerusi satu bahasa rasmi perantaraan seluruh rakyat Malaysia walaupun apa keturunannya iaitu Bahasa Melayu.

3. Namun, lebih menyedihkan lagi ialah keadaan sebahagian ahli politik yang "gagap" berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris. Kita boleh perhatikan perkara ini dalam perbahasan di parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

4. Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris? Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?

5. Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, kenapa pula ia tidak boleh dilakukan oleh ahli politik? Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik.

6. Integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan india bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan cina, india atau berketurunan Melayu. Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum.

7. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa.

8. Integrasi kaum perlu diperkasakan!!!

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Rabu 5hb Julai 2017

1. PEPATAH melayu 'keluar dari mulut harimau masuk pula kemulut naga', inilah pepatah yang paling sesuai dalam menjawab cadangan agar pihak luar campur tangan dalam isu 1MDB. Sejarah membuktikan Amerika tidak pernah jujur dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan negara umat Islam.

Ustaz rosli2. Sejak awal PAS telah mencadangkan supaya 'Suruhanjaya Diraja' ( RCI) ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat isu ini, supaya ianya dapat diselesaikan dengan secara adil dan telus sekali gus rakyat dapat melihat fungsi BNM, SPRM, Jabatan Audit Negara, PDRM dan intitusi kehakiman negara sebagai intitusi yang benar-benar berwibawa dalam menjaga kesejahteraan negara dan rakyat.

3. Kegagalan menubuhkan RCI pasti menyebabkan isu ini akan berlarutan dan yang paling parah ialah ianya melibatkan jumlah keewangan negara/rakyat yang besar, yang pastinya rakyat yang berhadapan dengan risiko kesan dari isu tersebut, kerana itu PAS mahu isu ini diselesaikan dengan kadar segera supaya isu 1MDB tidak berlaku sebagaimana isu skandal BMF, Perwaja dan Forex, tidak termasuk lagi isu-isu yang lebih kecil dari itu.

5. PAS juga sekali gus menolak campur tangan negara luar terutama Amerika yang tidak pernah kelihatan jujur dalam menangani isu negara umat Islam, sudah cukup umat Islam berkiblatkan kepada mereka yang sentiasa membasuh tangan mereka dengan darah-darah umat Islam, nyawa umat Islam mereka ratah begitu sahaja apatahlah ekonominya.

6. Perjuangan PAS adalah Islam, tidak kira dalam apa rupa bentuknya termasuk dalam membina kerangka ekonominya juga jalan penyelesaiannya, apa jua tindakan yang boleh mendatangkan mudarat atau mudaratnya lebih besar kepada negara mestilah ditolak, kerana itulah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bertegas dalam kenyataannya supaya jangan ada campur tangan asing dalam menangani kemelut negara.

7. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Awang adalah pimpinan gerakan Islam bertaraf dunia, beliau telah melihat kesannya kepada negara-negara Islam lain apabila berlakunya campur tangan Amerika, penegasan inilah yang menyebabkan PH menuduh kononnya PAS terpalit sama dengan isu kewangan 1MDB, kononnya PAS bersekongkol dengan Umno, inilah ratib mereka siang malam.

8. Namun bagi ahli PAS, kenyataan Tuan Guru Presiden adalah garis panduan yang sangat tepat, Islam memang kelihatan pelik bagi mereka yang asing dengan ilmu dan ulama apatah lagi mereka yang membencinya, musuh PAS pasti akan sentiasa mencuri ruang dan peluang untuk burukkan PAS, namun bagi PAS dituduh bersekongkol dengan Umno tak mengapa kerana itu adalah tuduhan, asal jangan cuba bersekongkol dengan Amerika yang merupakan penjilat darah umat Islam.

USTAZ ROSLI ABDUL JABAR
Pesuruhjaya PAS Pahang / Adun Tanjung Lumpur

"BILA Malaysia hukum gantung pengedar dadah warga asing, nasib baik kita tak dituduh campur tangan hal urusan negara lain."

Orang buat analogi, kita pun kononnya nak buat analogi. Tapi analogi kita ke laut!

Dr Azman1Pendirian PAS dalam isu 1MDB ialah penyelesaian sampai ke akar umbi yang mengheret semua yang terlibat ke muka pengadilan seterusnya membersihkan negara dari skandal kewangan terbesar ini.

Dalam hal inilah PAS menekankan semua pihak yang terlibat dalam siasatan dan penguatkuasaan perlu berperanan dengan bebas dan telus serta adil dan tangan-tangan ghaib yang menjadi penghalang tegaknya undang-undang mesti dibuang.

Kita dah ada SPRM, BNM, Jabatan Audit Negara, Jabatan Peguam Negara, PDRM dan Institusi Kehakiman yang wajib mendaulatkan undang-undang dan keadilan. Kita tak memerlukan campur tangan asing yang mengambarkan lemahnya agensi penguatkuasaan kita sehingga perlu minta bantuan luar.

Kita bercakap tentang satu skandal kewangan negara yang sangat rumit dan bersimpang siur asas serta puncanya dan melibatkan pihak berkepentingan yang ramai.

Dia buat analogi bodoh dengan kes pengedaran dadah. Walaupun pesalah dadah tersebut dihukum gantung di Malaysia tapi Malaysia tak akan hantar polis pergi masuk negara berkenaan untuk siasat lebih lanjut di mana dadah tersebut diperolehi dan tangkap pihak asing yang berkaitan dan rangkaiannya. Tapi terserahlah kepada polis negara berkenaan. Mudah saja nak faham kan?

YB Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob adalah Menteri Besar Kelantan yang "ditabalkan" oleh Al Marhum Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu hayat hidup beliau, tidak YB Dato Husam Musa.

YB Dato Husam Musa adalah calon Menteri Besar Kelantan yang "ditabalkan" oleh YB Lim Kit Siang pemimpin DAP.

Maka seluruh rakyat Kelantan boleh pilih, Menteri Besar yang direstui oleh Tok Guru atau Menteri Besar yang diredhai oleh Lim Kit Siang.

Jika tanya saya, pastinya saya syorkan supaya rakyat Kelantan pilih Menteri Besar yang direstui oleh Tok Guru bagi meneruskan legasi cemerlangnya.

Sejahtera Bersama Islam

Sekian.

Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

FIRMAN Allah swt dalam surah Al Ankabut ayat 65,

فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّ
نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

Maksudnya, ".. Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya..."

FirmanNya lagi dalam surah al Isra' ayat 67,

وَإِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فِي الْبَحْرِ ضَلَّ مَنْ تَدْعُونَ إِلَّا إِيَّاهُ ۖ فَلَمَّا نَجَّاكُمْ إِلَى الْبَرِّ أَعْرَضْتُمْ ۚ وَكَانَ الْإِنْسَانُ كَفُورًا

Maksudnya, "..Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah)..."

najhan1. Manusia perlu sedar betapa mereka sangat berhajat kepada kekuasaan Allah sebagai pencipta mereka dalam segenap dan setiap saat urusan kehidupan ini.

2. Apakah mereka sudah sombong dengan Allah swt sehingga ke tahap dalam keterdesakkan mereka pun enggan berpaling kembali kepada Allah swt pada waktu dimana tidak ada pertolongan dan bantuan daripada sesiapapun melainkan olehNya?

3. Sekalipun mereka lupa Allah swt dikala waktu kesenangan dan keselesaan, sekurang-kurangnya kembalilah kepadaNya pada waktu keterdesakan dan kesempitan.

4. Reaksi juruterbang AirAsia Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur baru-baru ini yang meminta agar para penumpang berdoa ketika pesawat berkenaan mengalami masalah teknikal sepatutnya dipuji dan disokong oleh semua pihak khasnya yang beragama Islam.

5. Sudah tentu para penumpang pesawat berkenaan pelbagai agama tidak mengira Islam, Kristian, Budhha, Hindu, Yahudi dan lelainnya akan membaca doa dan bacaan ritual masing-masing secara spontan apabila menghadapi situasi sebegitu.

6. Itulah sikap manusia yang secara spontannya akan kembali kepada pencipta mereka pada saat itu mereka menyedari hanya satu kuasa sahaja yang mampu memberikan harapan kepada mereka tatkala tidak daya dan kuasa pada manusia melainkan Allah swt.

7. Ayat di atas menterjemahkan sikap manusia oleh Allah swt sendiri yang mencipta dan mengenal diri manusia yang sangat lemah dan berhajat kepadaNya. Dia mendedahkan bagaimana sikap manusia akan berpatah balik kepada pemilik alam ini iaitu Allah swt untuk menyelamatkan mereka ketika mereka menghadapi kesulitan dan kesusahan.

8. Tetapi manusia itulah juga akan bersikap sombong dan lupa daratannya apabila mereka diselamatkan daripada kesusahan dan bahaya terhadap Allah swt atau mereka kembali kufur apabila mereka berada di zon selesa.

9. Namun, agak menghairankan masih ada seorang ahli politik ini yang masih mengaku Islam tetapi bersikap skeptikal dan prejudis dengan apa sahaja berunsur Islam malah apa sahaja berunsur agama.

10. Orang sebegini bukan "up to date" walaupun dirinya merasa begitu dengan menjadikan dirinya menolak untuk berpaut kepada agama, hakikatnya dia sebenarnya "out dated" atau ketinggalan zaman.

11. Masyarakat sudah ingin kembali kepada agama khasnya Islam. Masyarakat dan umat Islam khasnya dan semua penganut agama umumnya sudah merasai bahawa perlunya kehidupan ini berpaksi dengan sesuatu melangkaui kemampuan manusia yang secara nalurinya bahawa setiap kejadian sesuatu ada kuasa atau pencipta dan penentu di sebaliknya.

12. Lihatlah kebanyakan pemandu kenderaan kereta di atas jalan, kita akan saksikan betapa manusia amat berhajat kepada perlindungan atau "guardian" demi keselamatan mereka dengan tidak hanya bergantung sepenuhnya pada ciri-ciri keselamatan kereta untuk menyelamatkan mereka ketika bahaya. Orang Islam akan membaca doa ketika menaiki kenderaan. Penganut Kristian, Hindu dan Budhha akan meletakkan tanda sembahyang mereka pada kenderaan samada lambang salib dan patung agama Buddha dan Hindu di papan dashboard kereta mereka.

13. Para mufassirin dalam mentafsirkan ayat di atas membawa kisah diriwayatkan oleh Ikrimah bin Abu Jahal bahawa sekumpulan penduduk Mekah melarikan diri ketika pembukaan Kota Mekah oleh Rasulullah saw kerana bimbang keselamatan mereka. Mereka menaiki kapal menuju ke Habshah, ketika dalam pelayaran kapal mereka dipukul ribut sehingga rosak. Lalu salah seorang daripada mereka berkata, "ketika ini kita hanya mampu berdoa kepada Tuhan yang satu yang mampu menyelamatkan kita." Lalu Ikrimah pun berkata,  kalau sekiranya di lautan inipun Tuhan yang satu yang mampu memberikan pertolongan, begitulah juga di darat, Tuhan yang satu juga. Lalu selepas mereka melepasi bahaya di lautan,  Ikrimah datang bertemu Rasulullah saw dan memeluk Islam dan menjadi sahabat Baginda saw yang baik.

14. Oleh itu, berdoa bukannya sikap tidak memberi harapan, malah ia adalah kemuncak dan setinggi pengharapan yang dilakukan oleh manusia. Kita yakin kapten atau juruterbang AirAsia Airbus A330 sudah melakukan SOP atau melalui prosedur keselamatan ketika pesawat berkenaan menghadapi masalah teknikal, namun selebihnya diperlukan agar memohon doa daripada para penumpang agar dikurniakan oleh Allah swt keselamatan kepada pesawat, juruterbang, anak kapal dan seluruh penumpang.

15. Tabik hormat dan tahniah kepada kapten pesawat AirAsia Airbus A330 yang merupakan seorang Muslim (menurut info). Mungkin dengan doa itu, para penumpang dan seluruh anak kapal dan pesawat berjaya berpatah balik dan mendarat dengan selamatnya. Wallahu'alam

16. Pihak berkenaan yang mempertikaikan juruterbang yang memohon doa keselamatan, cuba merasai juga berada dalam situasi berkenaan. Pastinya dia juga akan teringat kepada Allah swt. Mungkin dia selesa ketika itu berada di darat, sebab itu dia tak sedar.

Doa itu adalah otak ibadah.

Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor.